Isnin, 5 September 2016

Shaheizy Sam: Soal Zuriat, Itu Rezeki Dari Allah

Pasangan yang baru sahaja berkahwin, Shaheizy Sam dan Syatilla Melvin berkata, mereka tidak merancang soal anak tetapi menyerahkan semuanya kepada rezeki Tuhan.




“Soalan dia sama sahaja, kalau belum kahwin orang akan tanya bila nak kahwin, kalau sudah kahwin orang akan tanya bila nak ada baby. Kita tak tahu, semuanya rezeki,” katanya yang ditemui bersama isterinya, Syatilla Melvin di Festival Filem Malaysia (FFM) ke-28.

Bagi Syatilla pula, dia berkata mungkin tahun depan sekiranya dikurniakan rezeki untuk memperolehi zuriat. Sebelum ini, Sam dan Syatilla juga pernah menyatakan bahawa mereka mahukan cahaya mata dalam waktu terdekat.

“Mungkin tahun depan kita rancang, kalau ada rezeki adalah,” katanya sambil tersenyum

Tiada ulasan:
Write ulasan