Saya Melayu, Saya Islam - Siti Zabedah



KENAPA SITI KASSIM BIADAP? BERANI TUNJUK F**

Siti Zabedah Kassim (CT Kassim) adalah seorang peguam yang kononnya membawa imej keamanan dan dia pernah dikaitkan dengan isu dirinya yang telah murtad dengan memeluk agama Kristian tanpa menukar identiti Melayu di dalam kad pengenalan sepertimana kes Lina Joy.

Siti Kassim adalah sebahagian anggota LGBT (Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender) ‘Seksualiti Merdeka’ yang bernaung di bawah Comango (Gabungan NGO Malaysia di dalam Proses UPR).

Antara dosa yang pernah dilakukannya adalah dia pernah menghina 200 umat Islam yang bersolat hajat dan berhimpun di hadapan Mahkamah di Putrajaya menentang penggunaan kalimah Allah pada bible dengan gelaran orang 'Melayu bodoh'.

Dia menganggap perbuatan tersebut sebagai menunjukkan melayu itu bodoh dan mudah diperbodohkan serta menganggap perbuatan itu adalah sia-sia kerana tidak semua bangsa melayu di negara ini menyokong tindakan sekumpulan umat Islam tersebut.
Seperkara lagi Siti Kassim menuduh perbuatan solat di hadapan mahkamah itu adalah sebagai sengaja mahu menayangkan kemaluan mereka dikhalayak ramai. Seterusnya menganggap isu penggunaan Kalimah Allah ini merupakan perkara yang kecil dan tidak perlu diperbesarkan oleh umat Islam di Malaysia.

Tidak cukup dengan menghina hadirin yang hadir, setelah prosiding mahkamah selesai, Siti telah menyampaikan bunga kepada paderi sebagai tanda sokongan penggunaan kalimah Allah kepada penganut kristian selepas sidang mahkamah ditangguhkan.

Semalam kecoh di dalam program Wacana Sinar Harian apabila apabila Siti Kassim bertanya kepada panel dengan mempersoalkan mengapa orang Islam di negara ini dipaksa mematuhi Perlembagaan Persekutuan yang menjadikan Islam sebagai agama rasmi negara.

Kata Siti, dia adalah orang melayu dan Islam tetapi mengapa perlu mematuhi segala undang-undang sedemikian yang dikaitkan dengan undang Hudud yang didakwa berselindung di sebalik RUU 355 yang telah dibentangkan di Parlimen sebelum ini.

Berang dengan tindakan hadirin yang telah mengejeknya, Siti Kassim telah membalas ejekan tersebut dengan menunjukkan isyarat lucah jari tengah sejurus selepas menamatkan soalannya.
Sebagai seorang Muslim, kami doakan Allah beri hidayah kepada Siti Kassim dan kita semua untuk melihat kebesaran KekuasaanNya. Minta kita semua dijauhkan dari perkara-perkara yang mungkar, apatah lagi mempertikaikan Allah yg mencipta kita dan alam semesta ini.

0 comment... add one now