Ruhainies, Azrel Ismail Sudah Bercinta Setahun Lalu

Seperti sudah dijangka, kemesraan pasangan ini yang dilihat sering bersama akhirnya terjawab juga apabila Azrel Ismail mengakui bahawa dia dan juga Ruhainies sememangnya bercinta, sejak setahun lalu.



“Memang benar saya dan Ruhainies bercinta. Doakan semoga hubungan yang baru berputik ini berjalan lancar. Namun, saya tidak mahu tergesa-gesa dalam soal ini memandangkan kami berdua sibuk dengan kerjaya sebagai pelakon, biarlah kami mengecapi kejayaan terlebih dahulu,” jelasnya kepada Harian Metro.

Walaupun belum lagi memikirkan soal kahwin, Azrel menjelaskan bahawa hubungannya bersama keluarga Ruhainies juga semakin rapat malah turut direstui keluarga kedua-dua belah pihak.

Sementara itu, menurut Ruhainies pula dia lebih selesa menyerahkan kisah percintaan mereka ini dimaklumkan oleh pihak lelaki sendiri.

“Selama ini saya bukan sengaja mahu mengelak untuk memaklumkannya kepada umum, tetapi lebih manis jika pihak lelaki yang berkongsi berita ini terlebih dahulu. Apa pun hubungan yang terjalin ini masih terlalu awal. Soal jodoh dan takdir saya serahkan kepada Allah SWT,” katanya.

0 comment... add one now