Jumaat, 2 September 2016

Remy Ishak Dakwa Diugut Bunuh Oleh Wanita VIP

PELAKON Remy Ishak membuat laporan polis selepas menerima ugutan bunuh  daripada seorang wanita yang berstatus kenamaan (VIP) selepas pelawaannya untuk berjumpa ditolak. 

Image result for remy ishak

Malay Mail Online malaporkan, pelakon drama Nur Kasih itu menerima panggilan daripada seorang lelaki yang dipercayai ‘orang suruhan’ wanita tersebut pada Isnin lalu.

Remy, atau nama sebenar Mohammad Zalimei Ishak bagaimana pun menolak dengan baik pelawaan wanita dari pantai timur itu untuk berjumpa tetapi sebaliknya menerima ugutan bunuh.

Bimbang dengan keselamatannya, Remy yang sempat merakam perbualan telefon terus membuat laporan di Balai Polis Kota Damansara, Petaling Jaya.

Difahamkan, Remy pernah menerima beberapa ugutan daripada individu yang sama tetapi tidak menjelaskan bentuk ugutan yang diterima.

Pelakon yang berjinak-jinak dalam dunia perniagaan ini dikatakan mengenali wanita VIP tersebut sejak Mei lalu selepas dipelawa untuk menjalankan perniagaan bersama-sama.

Susulan beberapa ugutan itu, Remy turut membuat laporan di Balai Polis Sri Kembangan, Selangor.

Ketua Polis Serdang ACP Megat Alias ketika dihubungi akhbar itu mengesahkan laporan dan sedang membuat siasatan.

Remy bagaimanapun enggan mengulas lanjut dan menyerahkan kepada polis untuk siasatan lanjut.-

Tiada ulasan:
Write ulasan