Ahad, 18 September 2016

Raysha Rizrose mula 'diva'

Bukan main geram teman Cik Pang pada artis baru, Raisya Rizrose yang dikatanya mula menunjukkan sikap diva tak bertempat, seolah-olah namanya sudah setaraf barisan artis popular lain.

Image result for Raysha Rizrose

Bukan sekali dua tetapi sudah beberapa kali cerita kurang enak gadis itu hinggap di telinga Cik Pang.

Kalau namanya sudah setaraf Erra Fazira, Maya Karin atau sehebat lakonan Ogy Ahmad Daud, mungkin Cik Pang boleh terima lagi sebab mereka sudah mengharumkan industri di dalam dan luar negara.

Kata teman Cik Pang, gadis itu difahamkan akan memberi macam-macam syarat jika mahu dipanggil bagi sesi fotografi bersama media. Antaranya, mahu jurusolek dan pakaian yang dipilih oleh dia sendiri. Kalau jurusolek atau pakaian tidak popular, dia enggan beri kerjasama.

Bak kata orang, nak itulah! Nak inilah! Padahal kalau berurusan dengan adik-beradiknya yang lain seperti Nelydia dan Uqasha, tidaklah sampai bersyarat bagai bulan dan bintang.

Ikutkan, Cik Pang pun geram dengan sikap seperti itu. Apatah lagi namanya baru setahun jagung dan lakonan pun masih ‘kayu’ manakala drama dibintangi tidak ada satu pun diingati.

Tidakkah lebih baik jika Raisya bersikap rendah diri dan terbuka? Tidak sahaja media akan hormat, malah tak mustahil namanya akan lebih harum dalam industri.

Pesanan Cik Pang, buat Raisya, janganlah sebab nila setitik, rosak susu sebelanga. Belajarlah daripada pengalaman adik-beradik lain yang sudah dulu makan garam dalam industri seni.

Tiada ulasan:
Write ulasan