Potong kemaluan suami: Mahkamah bebaskan isteri

KUALA PILAH - Mahkamah Sesyen Kuala Pilah hari ini, melepaskan tanpa dibebaskan seorang isteri dari perlakuan mendatangkan kecederaan kepada suaminya, dengan sebilah pisau yang berkemungkinan boleh menyebabkan kematian pada 20 Januari jam 1.20 pagi di Jalan Beringin 3, Batu Kikir, Jempol.

Potong kemaluan suami: Mahkamah bebaskan isteri

Hakim, Nariman Badruddin menetapkan keputusan itu setelah  pendakwaan sekali lagi gagal untuk mengesahkan bilakah mangsa, Umar Rahman, 44, yang kini berada di Pakistan, akan kembali ke Malaysia untuk memberi keterangan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwaraya, Rahimah Abd Majid, mahu meneruskan perbicaraan kes dengan menyoal saksi-saksi seperti dua orang doktor perubatan.

Bagaimanapun, penguam tertuduh, J.Gunamalar membuat bantahan atas alasan bahawa ketidakhadiran mangsa (Umar) iaitu saksi tunggal kes, akan menyebabkan pendakwaan terhadap tertuduh menjadi tidak berasas.

Kata Gunamalar, isu di sini bukan sahaja apa yang telah berlaku tetapi juga siapa yang melakukannya.

Oleh itu, beliau memohon agar tertuduh, Fatimah Abdullah, 55, boleh dilepaskan dibawah Seksyen 173(g) Kanun Prosedur Jenayah.

Kemudian, mahkamah menetapkan tertuduh dilepaskan tanpa dibebaskan sehingga tiada tempoh tetapi pihak pendakwa mempunyai kebebasan untuk mendakwa semula.

Bagi fakta kes, pada 28 Januari 2016, tertuduh didakwa di bawah seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana memotong zakar suaminya.

Selepas pertuduhan kes dibaca, tertuduh mengaku bersalah dan mahkamah menetapkan tarikh 22 Februari 2016 untuk menyampaikan hukuman.

Bagaimanapun, pada 22hb Februari 2016, tertuduh telah menarikbalik pengakuan bersalah, dan dilepaskan atas jaminan RM 5,000 dan seorang penjamin, sementara menunggu perbicaraan kes.

0 comment... add one now