Jumaat, 23 September 2016

Pesakit Mental Ditembak Polis Sebab Ancam Guna Batu

HANYA kerana sebiji batu, seorang pesakit mental di Sabah dipercayai ditembak oleh anggota polis kerana dikatakan mahu cuba mempertahankan diri. 


Pesakit Mental Ditembak Polis Hanya Kerana Ancam Guna Batu
Kejadian yang dipercayai berlaku di Kampung Merabung Tungku, Lahad Datu ini dapat dilihat menerusi video yang dikongsi seorang netizen, Buddy Bujang dalam laman Facebooknya pada Rabu lalu.
Dalam video yang berdurasi 2 minit itu, memaparkan seorang wanita memangku seorang lelaki dipercayai ahli keluarganya yang mempunyai penyakit mental.
Video PlayeDifahamkan, mangsa melemparkan batu ke arah kenderaan dan mengamuk sejak awal pagi sebelum kejadian.
Ahli keluarga dan penduduk cuba menasihati pemandu kereta dan motosikal untuk berhati-hati serta meminta bantuan daripada polis.
Lelaki tersebut dipercayai ditembak pada bahagian tubuh dengan beberapa das tembakan selepas mengamuk dan cuba membaling batu ke arah anggota polis.
Turut kelihatan dalam video tersebut, ahli keluarga mangsa yang menangis dan mempertikaikan tindakan polis melepaskan tembakan sehingga mangsa maut di tempat kejadian.
Netizen di media sosial turut mengkritik tindakan anggota polis yang melepaskan tembakan dalam kejadian kira-kira jam 7.20 pagi, Rabu lalu.
“Kalau pun mangsa serang polis patut ke sampai nak tembak…mana hati perut ko polis…bukannya mangsa ada pistol pun.. aduh senang betul nak ambil nyawa orang.. alfatihah buat mangsa…,” komen Muhammad Nazmi dalam Facebook.
“Polis ada bah yang terlatih menghadapi orang tak bersenjata, kalau terpaksa pun tembak lah bahagian kaki ka.. adui sedih betul kenapa jadi macam ni.. Polis sepatutnya bijaksana, kan terlatih.. maaf bukan semua polis kita katakan begitu, ditujukan pada polis dalam kes ni.. harap maklum.. Semoga perkara ni tidak berlaku lagi, jadi pengajaran,” komen Jackie Jack.
Media tempatan sebaliknya melaporkan, mangsa yang berusia 40-an ditembak selepas bertindak agresif dan didakwa cuba mencederakan orang awam.
Turut tercedera dalam kejadian itu, seorang anggota polis akibat terkena batu yang dilemparkan mangsa

Tiada ulasan:
Write ulasan