Sabtu, 24 September 2016

Penerbit TV Dakwa Bekas Suami Enggan Serah Anak

DAMANSARA - Susulan viral dakwaan seorang bekas wartawan TV3, Mohd Adli Effendy Mohd Zaki, dirinya diugut tembak jika enggan menyerahkan anak kepada bekas isteri, salinan laporan polis wanita itu pula dimuat naik di media sosial.  


Farah Nadia Che Norudin, 36, bekerja sebagai Penerbit TV berkata, mahkamah telah memberikan hak penjagaan, Amanda Nerissa Adli Effendy, 7, kepadanya. 

"Pada mulanya saya cadang untuk berjumpa di Balai Polis Bandar Utama, namun mereka enggan berbuat demikian. Lalu mereka menetapkan lokasi baru di SK Bandar Utama 4. 

"Saya pergi bersama sepupu bagi melindungi keselamatan saya. Apabila tiba di perkarangan sekolah pada jam 3.20 petang, Jumaat, Anak saya kelihatan duduk berseorangan di perhentian bas di hadapan sekolah tersebut. Lalu sepupu saya pergi mendapatkannya tetapi dihalang oleh isteri dan ibu mertua bekas suami," katanya. 

Jelas Farah, kedua-dua wanita itu mengatakan bahawa sepupunya tiada hak menyentuh anak itu. Lalu dia keluar dari kereta dan menghampiri anaknya.  Namun dia diserbu dan mereka enggan menyerahkan anak itu kepadanya. 

Bekas suaminya juga telah merampas anak dari pangkuannya lalu berlaku adegan tarik menarik. Ketika kejadian itu, Farah mendakwa bekas suaminya ada mengeluarkan kata-kata ancaman.

"Sebanyak tiga kali dia kata 'Aku nak bunuh kau kalau kau tak lepaskan anak ini'. Kali pertama, dia bertindak menggigit tangan kanan dan lengan kiri serta menggores pipi kiri saya sehingga calar. Kemudian ibunya menarik kaki sebelah kiri dan pulas serta menggigit paha kiri," katanya dalam laporan polis yang dibuat di Balai Polis Damansara.

Bagi mengelakkan keadaan menjadi semakin buruk, Farah mengarahkan pemandu kereta sepupunya itu beredar. Namun bekas suaminya telah bertindak masuk ke dalam kereta merka lalu memaksa dia melepaskan anak kecil itu. 

"Lepaskan anak ini. Aku cakap lepaskan anak ini kalau tidak, engkau mati!" kata bekas suaminya seperti yang ditulis dalam laporan tersebut. 

Kejadian itu membuatkan anak mereka trauma dan ketakutan.





Tidak beberapa lama kemudian, sekumpulan polis peronda tiba di tempat kejadian dan Farah melepaskan anaknya. Farah juga menunjukkan surat perintah mahkamah. Namun dalam pada masa yang sama dia diserang oleh isteri kepada bekas suaminya. 


"Tudung saya ditarik, kepala saya ditolak dan badan ditumbuk, selain melemparkan kata-kata kesat kepada saya. Ibu bekas suami juga telah menyiram air ke arah saya," katanya. -

Tiada ulasan:
Write ulasan