Jumaat, 2 September 2016

Peminat Mahu Raja Afiq Berpenampilan Seperti Ustaz

GARA-GARA sering memuat naik gambar aksinya di gimnasium, pelakon Raja Afiq yang popular menerusi drama Sayangku Kapten Mukhriz menerima pelbagai kritikan daripada para peminat di laman Instagramnya. 


a

Semuanya dek kerana mereka mahukan Raja Afiq terus kekal berpenampilan seperti watak dalam drama itu iaitu sebagai seorang ustaz.
Menurut Raja Afiq atau nama sebenarnya Raja Muhammad Afiq Raja Razali, 22, pengikutnya juga mendakwa gambar-gambar yang dimuat naiknya konon mendedahkan auratnya sebagai seorang lelaki.
“Kebanyakan peminat mahu saya menjaga penampilan yang baik seperti dalam drama iaitu sebagai seorang ustaz.
“Mereka menegur gambar-gambar yang saya muat naik di Instagram ketika di gim sebagai tidak sopan dan menutup aurat bertentangan dengan watak ustaz.
“Biasa gambar saya berbaju singlet dan aurat lelaki saya tahu dari mana sampai mana dan semua gambar saya muat naik itu tidak sampai mendedahkan aurat pun.
“Namun, saya lebih suka berdiam daripada membalas kritikan itu, kerana saya rasa ia tidak salah. Lainlah kalau saya ke pusat-pusat hiburan malam-malam itu salah,” katanya kepada mStar Online.
Mengulas mengenai hubungan cintanya dengan Anis Al-Idrus, Raja Afiq memberitahu, dia belum merancang untuk mendirikan rumah tangga dalam masa terdekat kerana mahu fokus terhadap kerjaya.
Dalam perkembangan lain, Raja Afiq bakal mengeluarkan jenama baju dan seluar sendiri.

Tiada ulasan:
Write ulasan