Rabu, 21 September 2016

Pembantu Rumah Lari, Tinggalkan Bayi 9 Bulan Seorang Diri


MELAKA - Seorang bayi lelaki berusia 9 bulan terkunci dalam rumah bersendirian selepas ditinggal oleh pembantu rumah yang telah melarikan diri, semalam, lapor sumber.

Dalam kejadian yang berlaku di kediaman mangsa di Taman Putra, Bukit Baru Melaka, pembantu rumah telah melarikan diri meninggalkan mangsa seorang diri di rumah yang berkunci. 

Pihak Bomba dan Penyelamat dan Anggota Penyelamat dan Paramedik (EMRS) telah dihubungi untuk memecahkan mangga dan pintu dapur bagi menyelamatkan bayi berkenaan.

Gambar yang viral di media sosial itu mencetuskan rasa geram netizen terhadap tindakan pembantu rumah yang tidak bertanggungjawab itu. 

"Mujur bayi selamat dan tidak dilarikan. Jangan terlalu percaya dengan pembantu rumah," kata netizen.

Tiada ulasan:
Write ulasan