Sabtu, 10 September 2016

Nazim Othman Sah Nikah Bersama Bella Dally

Tahniah diucapkan kepada pasangan merpati sejoli, Nazim Othman dan Bella Dally yang kini sah bergelar suami isteri apabila telah selamat diijabkbulkan pada jam 9.53 pagi tadi di Hotel Promanade, Kota Kinabalu, Sabah. Hanya dengan sekali lafaz sahaja, Bella atau nama sebenarnya, Nabilah Ali Dally selamat menjadi isteri kepada Nazim Othman atau Nushrul Alif Othman.




Memetik laporan Berita Harian Online, majlis yang berlangsung secara sederhana itu bertambah berseri dengan kehadiran pasangan pengantin yang lengkap mengenakan busana penikahan serba putih rekaan pereka fesyen terkenal, Rizman Ruzaini Creation. Majlis akad nikah yang diadakan secara tertutup itu hanya dihadiri oleh ahli keluarga, rakan terdekat serta wakil media.

Pada majlis itu, pengantin perempuan menerima mas kahwin sebanyak RM300 serta tujuh dulang hantaran daripada pihak Nazim, manakala sembilan daripada pihak pengantin perempuan. Pasangan bahagia ini dijadualkan melangsungkan majlis resepsi bagi pihak perempuan pada tengahari ini dan pihak lelaki pada Sabtu depan di Hotel Berjaya Waterfront, Johor Bahru

Walauapapun, tahniah sekali diucapkan kepada pasangan, Nazim Othman dan isteri, Bella Dally diatas majlis perkahwinan ini. Semoga dengan ikatan ini akan menguatkan lagi hubungan mereka suami isteri dan diharap perkahwinan yang dibina akan kekal hingga ke akhir hayat empat tahun.

Tiada ulasan:
Write ulasan