Isnin, 19 September 2016

Nampak mangsa masih bernyawa , Tiba-Tiba Ada Darah Keluar

MELAKA TENGAH - "Saya nampak mangsa masih bernyawa, tapi tiba-tiba ada darah keluar dari mulutnya sebelum meninggal dunia," kata Sharil Alias, 28, saksi kejadian kemalangan membabitkan seorang pemandu kereta yang dipercayai terbabas ke longkang di Jalan Seri Bendahara, di sini, awal pagi semalam.

Nampak mangsa masih bernyawa

Dalam kejadian kira-kira 2.45 pagi itu, mangsa, Mohd Sulaiman Zolkafli, 39, berasal dari Duyong, di sini meninggal dunia di lokasi kejadian.

Sharil berkata, sebaik kemalangan berlaku, mangsa didapati masih lagi bernyawa, bagaimanapun disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan yang tiba kira-kira 15 minit kemudian.

“Saya naik motor dari arah Lebuh AMJ menghala Melaka Raya sebelum nampak kereta Perodua Alza mangsa.

"Masa sampai, mangsa masih lagi bernyawa tapi lepas itu tiba-tiba ada darah keluar dari mulut sebelum dia macam menarik nafas panjang dan tak lagi bernyawa.

“Saya cuba untuk keluarkan mangsa tapi pintu bahagian pemandu berada di dalam longkang. Pintu kereta tidak boleh dibuka.

"Saya terus telefon polis dan ambulans yang kemudian mengesahkan mangsa telah meninggal dunia,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian, semalam.

Sementara itu, Ketua Polis Melaka Tengah, Asisten Komisioner Shaikh Abdul Adzis Shaikh Abdullah berkata, mangsa dipercayai dalam perjalanan dari arah Semabok menghala ke Stadium Tun Fatimah.

“Siasatan awal mendapati tiada kesan tayar atau brek di tempat kejadian manakala jalan tersebut yang mempunyai dua lorong itu adalah laluan lurus dan lalu lintas tidak sibuk ketika kejadian berlaku,” katanya.

Menurutnya, mayat mangsa kemudian dihantar ke Hospital Melaka untuk bedah siasat dan siasatan dibuat mengikut Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Tiada ulasan:
Write ulasan