Khamis, 1 September 2016

'Nak Keluar Buang Sampah' - Wanita & Anaknya Ditemui Mati Dipercayai Terjun Dari Tingkat 32


KUALA LUMPUR - Seorang wanita berumur 23 tahun bersama anak lelaki, 3 tahun ditemui mati, dipercayai terjun dari tingkat 32 sebuah kondominium di Kiara Residence 2, Bukit Jalil, petang tadi, laporHarian Metro

Mayat dua beranak itu ditemui oleh penghuni kondominium berkenaan pada jam 2 petang dalam keadaan terbaring dan berlumuran darah di koridor tingkat satu. 

Siasatan pihak polis mendapati, kedua-dua mangsa meninggal dunia akibat kecederaan teruk di bahagian kepala, badan dan kaki. 

Polis juga turut menemui sebuah telefon bimbit milik mangsa di tingkat 32, iaitu tingkat paling atas bangunan kediaman tersebut. 

Ketika kejadian, suami mangsa berada di rumah di tingkat sembilan. Mangsa memaklumkan kepada suaminya mahu keluar untuk membuang sampah bersama anaknya. 

Bagaimanapun, dia terdengar bunyi benda terjatuh dari arah tingkap rumahnya dan keluar sebelum melihat mayat isteri dan anaknya. 

Mangsa dilaporkan kerap mengalami kemurungan dan pernah mendapatkan rawatan psikiatri sekitar Mei atau Jun lalu. -

Tiada ulasan:
Write ulasan