Selasa, 6 September 2016

'Mujur Sempat Kunci Pagar Pintu'


KULAI - Seorang lelaki mendakwa terdapat percubaan menculik yang berlaku di sebuah tadika di daerah itu, bagaimanapun penjenayah terbabit berjaya ditangkap. 

Hisham Zulkefli yang memuat naik dua gambar suspek itu, mula viral di media sosial sejak jam 3 petang tadi telah mendapat 1,300 lebih perkongsian. 

Difahamkan, kejadian itu berlaku di Tadika Butterfly, Taman Muhibbah, Saleng, di mana seorang lelaki yang tidak dikenali telah memanjat masuk ke kawasan tadika. 

"Selamatlah cikgu tadika dapat kunci pintu grill. Menggigil oo! Anak aku sekolah situ. Penjenayah dapat ditangkap," kata Cikgu Hsbol, individu pertama yang menyebarkan kejadian itu di WhatsApp.




Bagaimanapun, belum ada sebarang pihak berkuasa atau media mengeluarkan kenyataan bagi mengesahkan kejadian tersebut.

Tiada ulasan:
Write ulasan