MISIKU SADO - Telifon 911 Siapa Nak Jawap?

RESPON BUAT DRAMA MISIKU SADO

Drama MISIKU SADO baru je habis. Tak pasti pulak akan ada sequel atau siri, tapi ini mungkin yang terakhir, jika tidak yang pertama menggambarkan imej jururawat di kaca televisyen. Ramai orang PM dan mesej saya minta saya komen. Rata-rata ramai yang tidak berpuas hati dengan imej jururawat yang dipertontonkan kepada masyarakat.

Image result for misiku sado

Ini adalah respon atau pendapat saya secara peribadi berdasarkan apa yang telah saya lihat sekejap tadi. Jika penulisan ini telah atau akan mengguris mana-mana pihak, sama ada secara langsung mahupun tidak langsung, saya minta maaf. Anda boleh terima penulisan ini sebagai kritikan membina atau satu pemberian ilmu kesihatan. Fahamilah bahawa penulisan ini hanyalah dikarang dengan niat untuk memperbaiki imej jururawat yang telah tercemar sekian lama.

Dan maafkan saya sebab tak sentuh isu ni dengan cepat. Nak nilai dulu dari dua sudut perspektif. Saya pun boleh juga buat post menghentam drama ini dan pihak tertentu seperti apa yang orang lain sedang lakukan, tapi saya lebih rela ambil pendekatan yang berbeza. Kalau nak pakat hentam, makin lama makin tak betul jadinya. Pakat gaduh manjang nanti. Kan?
- - - - - - -
Kesilapan cerita MISIKU SADO bermula apabila masuk babak Cardiopulmonary Resuscitation atau orang kita panggil sebagai CPR. CPR adalah satu teknik yang digunakan untuk bantu pesakit / mangsa yang "collapsed" atau tak sedarkan diri dengan ketiadaan nadi dan pernafasan. CPR asas melibatkan pemberian nafas dan tekanan pada jantung.

Walaupun ia sekadar babak daripada suatu drama, disini kita boleh kesan bahawa masyarakat perlu dan wajib fahami dan pelajari CPR. Melalui drama tadi, jelas menunjukkan bahawa jururawat lelaki tersebut tidak tahu mengaplikasikan CPR dengan betul. Cara yang salah ini boleh mengakibatkan masyarakat salah faham atau tersalah belajar teknik CPR yang betul. Lebih teruk lagi jika berlaku kecemasan di sekeliling kita, namun kita masih tak tahu melakukan CPR dengan betul.
CPR bukanlah satu teknik eksklusif buat pengamal perubatan sahaja. Sesiapa pun boleh mempelajari CPR, malah digalakkan lagi untuk pelajari CPR. Disini saya nak beri sedikit informasi dan turutan CPR asas yang betul. Ini adalah untuk kefahaman dan ilmu kita semua. Saya tak akan sentuh bahagian CPR yang sukar / kompleks demi kefahaman pembaca non-medical.
Kesilapan yang saya nampak didalam drama tersebut adalah;

1. "Call 911"

Untuk pengetahuan pembaca, di Malaysia kita tak guna sistem nombor kecemasan 911. Nombor kecemasan Malaysia adalah 999. Sebab tu masa awek cantik tu call 911, tak dapat connect. Sebab nombor tu salah. Hehe. Bagi anda semua, ingat ni. 999 adalah nombor kecemasan, 15999 adalah nombor Talian Nur. Penat stesyen televisyen Malaysia buat iklan 999 setiap hari, tapi diabaikan penonton.

2. Lokasi compress CPR salah.
Ye, saya tahu ini drama. Tapi nak bagitahu sebagai ahli berkomuniti, supaya lebih ramai peka dengan cara menyelamatkan nyawa. Kita sebagai orang yang buat CPR (penyelamat) tak boleh tekan (compress) kat tengah-tengah dada mangsa. Patah tulang-temulang dia nanti. Dah patah, tertusuk tulang rusuk kat paru-paru, lagi jenuh. CPR kena buat kat tepi sikit, umumnya dekat kawasan antara puting dada kiri mangsa sehingga ke tengah dada mangsa. Kat situ memang sesuai sebab jantung memang terletak disitu, dan situ jugak pertemuan antara tulang rusuk dan tulang sternum (tengah dada).

3. Cara compress CPR salah
i) Cara compress (tekan dada) pun salah sebenarnya. Dalam drama tadi, watak Iqbal membuat tekanan pada dada mangsa dengan bentuk X (tapak tangan kiri diletak atas tapak tangan kanan). Ini satu teknik yang selalu orang guna, tapi sebenarnya salah dan merbahaya.
Untuk compress dengan betul, tangan penyelamat yang non dominan kena tekup dan genggam belakang tangan yang dominan bila buat compression, untuk bagi tekanan sama rata dan untuk elakkan tangan si penyelamat jadi sakit. Kalau dah penyelamat pun sakit tangan, macam mana nak bantu mangsa, kan? Ini jugak untuk pastikan tekanan tak terlalu kuat atau terlalu lemah. Tekan kuat sangat, patah tulang. Tekan lemah sangat, jantung tak pam.
ii) Dalam drama tu jugak, Iqbal menggunakan daya tangan untuk buat compression. Ini juga salah. Sebab bila guna daya tangan, tangan cepat lenguh dan sakit. Hasilnya, compression makin lama makin lemah.
Untuk compress dengan tenaga yang betul, penyelamat kena berada betul-betul sebelah mangsa. Kedua-dua tangan yang nak buat compression tu kena dalam keadaan tegak, 90 darjah daripada dada mangsa. Siku dan pergelangan tangan tak boleh bengkok. Nanti senang terseliuh. Tekan guna daya berat badan penyelamat, bukan guna daya tangan. Tolak guna satu badan, supaya tekanan (compression) jadi cantik. Tapi jangan la tekan guna daya badan sampai cecah lantai. Meletup jantung dia. Haha.

3. Cycle CPR
Dalam CPR, ada satu terma yang kita panggil sebagai cycle. 30 tekanan dada dan 2 hembusan nafas. Ini kita panggil sebagai 1 cycle (kitaran penuh). Untuk CPR, lazimnya buat untuk 5 cycle secara berterusan tanpa henti. Berhenti 5 saat pun tak boleh. Bahaya.
Berapa laju / kerap nak buat compression dada? Lebih daripada 100 kali compression setiap minit. Haa. Hembusan nafas pulak? Buat 2 hembusan untuk setiap cycle, dan bila dah ada nadi, 1 hembusan nafas untuk 5 saat, untuk cukupkan 12 hembusan seminit. Sampai bila nak compress dan hembus nafas? Sampai pegawai perubatan atau staf kesihatan (ambulans) sampai. Haa, tau pun betapa penatnya nak buat CPR. Jadi jangan main-main.
Dalam drama MISIKU SADO tadi, boleh dimaafkan la kalau satu cycle pun tak cukup. Sebab mereka kan ada durasi penggambaran. Maka, OK la, boleh diterima.
4. Hembusan nafas
Cara pemberian hembusan nafas dalam drama tadi pun salah sebenarnya. Dalam drama, Iqbal menekup muka mangsa dan beri pernafasan (luar skrin) kepada mangsa.
Sebenarnya tak perlu tekup muka mangsa pun. Hanya angkat dagu mangsa tapi pastikan belakang kepala masih kena lantai, buka mulut dia, kepit lubang hidung dia, tarik nafas dalam dan tiup kedalam mulut mangsa. Pastikan masa tipu tu, dada mangsa naik. Kalau tak naik, kira gagal! Teknik angkat dagu kepala kebawah tu kita panggil sebagai "head tilt, chin lift maneuver".
Kenapa kena angkat macam tu sekali untuk beri nafas? Sebab bila mangsa tak sedarkan diri, ruang salur pernafasan dia tertutup. Sama ada air liur atau lidah dia yang buat salur nafas tersekat. Jadi bila kita angkat macam tu, salur nafas dia terbuka. Senang nak bagi hembusan nafas masuk paru-paru terus. Oh ya, kita periksa nadi di leher (karotid) guna jari ya, bukan guna belakang tangan. Itu periksa suhu cartalogi. Hehe.

5. Post CPR (Selepas CPR)
Lepas buat CPR, mangsa dah ada nadi, dah ada nafas, dah sedar tapi masih lemah. Nak buat apa?
Dalam drama, pakcik tu terus bangun dan duduk setelah sedar dari pengsan. Maksudnya CPR tu berjaya la. Dan awek comel tadi pun offer air mineral pada pakcik tu. Tapi malang sekali, cara tu salah dan boleh menyebabkan mangsa jadi lebih teruk. Nasib baik pakcik tu taknak minum.
Dalam kes sebenar, bila CPR dah berjaya, nadi dan nafas dah ada, mangsa pun dah sedar, kita kena pusingkan atau golekkan mangsa untuk baring ke sebelah kiri (atau kanan) buat seketika. Kenapa? Sebab bila dah sedar, mangsa dalam keadaan sangat lemah. Yelah, dah hampir mati tu. Jadi, dia tak larat pun nak telan air liur dia. Bila kita pengsan, kita tak dapat telan air liur pun tau. Air liur akan terkumpul dalam mulut. Kalau mangsa lemah, tapi kita terus dudukkan dia, air liur dia akan masuk terus kedalam paru-paru, mengakibatkan lemas (aspiration). Bahaya tu.
Jadi bila kita baringkan dia kesisi, air liur tu akan keluar mengalir daripada mulut. Takde la masuk paru-paru nanti. Bila dah betul-betul OK, tunggu paramedik datang dan bawa ke hospital. Selesai.
6. Babak awek comel (hehe) pengsan di parkir kereta. Sepatutnya Iqbal terus buat panggilan kecemasan 999. Orang pengsan tak semestinya disebabkan penat. Ada banyak faktor. Jadi perlu panggil ambulans. Jangan la jadi terlebih sado dan bawa dia terus ke rumah walaupun anda tu MISIKU SADO. Jangan la. Bahaya. Kesian awek comel tu. Hehe.

7. Jururawat terlebih masa lapang?
Wallahualam, yang ini malas nak sebut. Kalau nak buat babak cinta di hospital, alamatnya tak sempat nak berkenalan pun. Tak pun berkenalan sambil kesan najis didahi, bau urin di baju, dan eyebag 3 hari tak rehat. Hehe.

8. Satu babak dalam drama MISIKU SADO yang buat ramai terkeliru, adalah babak hypotension / hypertension.
Hypotension adalah tekanan darah rendah. Hypertension pula adalah tekanan darah tinggi.
Dalam babak tadi (dan dalam gambar), disebut hypertension adalah tekanan darah rendah. Ini adalah salah sama sekali. Namun begitu, ada yang kata ini salah sarikata sebab ada yang dengar (termasuk saya sendiri) bahawa Iqbal menyebut "hypotension" tapi ditulis "hypertension". Ada yang dengar sebaliknya. Jadi, mana-mana sekalipun, sama ada salah pelakon atau salah penyedia sarikata, perlu kita ingat, hypotension adalah tekanan darah rendah, hypertension pula adalah tekanan darah tinggi.
Tak boleh kita nafikan bahawa pesanan Iqbal dalam beri pendidikan kesihatan untuk tangani hypertension /hypotension tu adalah benar. Jaga kesihatan, jaga pemakanan. Makan diet seimbang, elak makanan fastfood. Jaga aktiviti badan, senam selalu. Elakkan merokok dan minum minuman bergas dan beralkohol (saya sendiri tambah). Semua ni betul. Semua ni penting untuk elak atau kawal hypertension / hypotension. One point for MISIKU SADO!
- - - - - - -

Dalam mana kita lihat dari sudut kesilapan, ada juga benda penting yang saya nak ulas, dan ia berkaitan realiti jururawat Malaysia. Dan kudos buat team MISIKU SADO sebab utarakan isu ini secara langsung atau tidak langsung.

1. Jururawat lelaki memang senantiasa terima stigma daripada masyarakat bahawa "lelaki tak layak jadi jururawat". Stigma ini memang wujud dalam komuniti masyarakat kita.
Tak salah untuk lelaki menjadi jururawat, bahkan digalakkan lagi. Jururawat itu bersifat menyelamatkan nyawa, memulihkan kesihatan dan membantu kualiti hidup masyarakat. Ia tak termaktub sebagai satu jawatan hak milik mutlak para wanita. Di luar negara, jururawat lelaki disambut baik oleh masyarakat. Pemikiran masyarakat kita pula yang songsang dan kolot.
Fikirkan, anda mahu jururawat diasingkan mengikut jantina pesakit untuk jaga imej dan aurat diri, tapi anda perlekehkan lelaki yang memilih jururawat sebagai karier? Hm.

2. Jururawat dianggap sebagai karier tanpa masa depan. Mindset jururawat tak ada gaji besar, tak ada masa depan cerah, tak boleh berjaya memang popular dalam kalangan kita. Sebab tu ramai yang tak mahu jadi jururawat. Sedangkan jururawat kini bukan seperti dahulu. Jururawat bukan kuli. Jururawat adalah kerjaya professional yang diiktiraf seluruh dunia. Anda ada Diploma Kejururawatan dari Malaysia? InsyaAllah, Arab Saudi, Singapura, Brunei, Amerika Syarikat semua mahukan anda untuk bertugas di negara mereka sebagai jururawat berdaftar. Tak mahu bekerja di luar negara? Pilihlah untuk jadi oil and gas nurses, industrial nurses, flight nurses, on ship nurses, medic nurses, international nurses, royal nurses. Tak minat bidang perawatan? Pilih untuk jadi esthetic nurses, management nurses, academic nurses, research nurses. Nak banyak pahala? Jadi jururawat berdaftar di managmana institusi kesihatan. Boleh sampai Master dan PhD, InsyaAllah.

3. Pendebatan jururawat dan fahaman water birth.
Kes ini dah biasa terjadi, apabila ibu hamil lebih rela melakukan kelahiran yang merbahaya seperti water birth tanpa kefahaman penuh tentang kesihatan. Bukan jururawat sahaja yang perlu tangani isu fahaman songsang ini, malah kesemua pengamal kesihatan terpaksa hadapi isu ini.

4. Jururawat dan perubatan tradisional.
Memang tak salah untuk amalkan ubatan tradisional. Tapi jika tak terbukti keberkesanan dan efek ubatan tu, lebih baik jangan amalkan. Silap nanti, bila dah ada kesan sampingan ubatan tradisional, mula cari hospital. Kemudian hospital pula disalahkan kerana beri ubatan moden, walhal ubatan tradisional adalah punca sebenar. Penat jururawat nak jelaskan nanti.
- - - - - - -


Secara keseluruhan, menurut pendapat saya sendiri, pengarah drama tersebut boleh lakukan drama yang lebih baik dari ini jika usaha kearah kajian lebih dititikberat.
Jika nak guna latarbelakang jururawat atau kesihatan, tak salah untuk fokuskan lebih kearah itu. Sebab anda sedang menggunakan imej karier seseorang. Adalah baik jika anda benar-benar fahami karier itu dahulu sebelum buat drama terlebih cintan-cintun. Kerana secara tak langsung, anda memperlekehkan karier kami.
Ada yang kata jururawat terlebih melangit bila drama ni dikeluarkan. Maaf, saudari. Bukan kita nak hina kreativiti saudari. Cuma apa yang kita minta, biarlah logik sedikit. Seperti yang saya cakap, anda bawa imej jururawat dalam drama ni. Biarlah adil. Dah cukup jururawat dihina, anda nak tambah garam. Manalah tak "meroyan" jururawat di Malaysia. Tak salah nak buat komedi, tapi jangn komedi tu berpatah balik pada diri sendiri baru nak melatah.
Masyarakat perlukan content dalam penyampaian, bukan jiwang terlebih. Geli tau. Haha.
- - - - - - -
Kepada awek comel dalam drama tadi tu, hai. Saya jururawat lelaki, Anwari Hamzah. Tak la sado mana. Tapi handle patient restless 200kg+ tu hujung jari jugak la. Ehem.
#anwarihamzah #kamijururawat

Anwari Hamzah 

0 comment... add one now