Khamis, 22 September 2016

Mia Perjelas Isu Tak Hadir Majlis Saharul Ridzwan

AKTRES baharu Mia Ahmad menepis dakwaan sesetengah pihak yang mendakwa dirinya tidak hadir ke majlis perkahwinan pelakon Saharul Ridzwan atas sebab isu peribadi.

Mia Perjelas Isu Tak Hadir Majlis Saharul Ridzwan

Mia Ahmad atau nama sebenarnya Shamiha Ahmad Baderi tampil membuka mulut kepada laman BH Online kenapa kelibatnya tidak kelihatan di majlis tersebut.

Menurut pelakon berusia 28 tahun ini, dia tidak mendapat jemputan daripada pihak pengantin.

“Saya tidak mahu orang lain fikir bukan-bukan. Sampai ada antara komen (dalam laman sosial) yang saya rasa patut ditujukan kepada pengantin lelaki saja.

“Memang saya tidak dijemput malah saya tidak kisah pun. Kalau tiada jemputan, macam mana kita hendak hadir?” katanya kepada laman itu.

Tambahnya, penjelasan harus dibuat supaya isu itu tidak dipanjangkan dan menimbulkan salah faham terhadap mana-mana pihak sama ada di pihaknya ataupun Saharul.

“Inilah jawapan paling tepat untuk merungkai persoalan sinis netizen yang bertanya kenapa saya tidak pergi ke majlis kahwinnya. Kemudian timbul pula perbandingan mengapa pelakon lain ada, saya tiada,” jelasnya.

Walaupun mereka pernah dikaitkan dengan cinta lokasi, namun kedua-duanya menafikan desas-desus tersebut.

Apatah lagi dengan kemunculan gosip mengatakan Mia hangat bercinta dengan penjaga gol Johor Darul Takzim (JDT), Izham Tarmizi mengukuhkan lagi penafian itu.

Perkembangan terbaharu Mia, dia sibuk menguruskan perniagaan minyak wangi, Sweetness dan maskara KOHL Lashes di bawah jenamanya sendiri.

Tiada ulasan:
Write ulasan