Isnin, 19 September 2016

Mia Ahmad Akui Bercinta Dengan Penjaga Gol JDT Izham Tarmizi Roslan

Sebelum ini, ramai yang boleh “menghidu” bahawa Mia Ahmad ada hubungan istimewa dengan penjaga gol JDT, Izham Tarmizi Roslan.  Gosip percintaan mereka bermula apabila Izham membuat kejutan hari jadi istimewa buat Mia.

Image result for mia ahmad

Namun, Mia enggan memberikan komen lanjut mengenainya dan menegaskan mereka cuma berkawan sahaja.
Walaubagaimanapun, kenyataan Mia menerusi akhbar Kosmo! semalam ia jelas menggambarkan beliau mengakui sedang hangat bercinta dengan Izham.
Menurut Mia, Izham adalah lelaki yang paling rapat dengan beliau sekarang.
Dia memang lelaki yang paling rapat dalam hidup setakat ini. Sebenarnya saya tidak begitu memilih, cukuplah jika memahami kerjaya dan setakat ini dia cukup menyenangkan.
Belum ada perbincangan untuk mendirikan rumah tangga, tambahan pula karier masih di peringkat permulaan kerana saya bermula agak lambat dalam bidang ini. Justeru, saya perlu memastikan segala-galanya telah stabil sebelum boleh memikirkan soal itu.

Meskipun Mia tiga tahun lebih tua daripada Izham, mereka sebenarnya agak serasi bersama.
Pada mulanya, memang takut dengan perbezaan usia memandangkan saya berusia tiga tahun lebih tua daripadanya, namun apabila berbicara dengannya, saya tidak berasa sedang berbual dengan insan yang lebih muda. Kami juga tidak pernah merajuk kerana baru mengenali antara satu sama lain.
Keluarga tahu hubungan kami, tetapi masih belum ada sebarang pertemuan rasmi. Keluar pun beramai-ramai bersama kawan bagi mengelak sebarang syak wasangka masyarakat.

Tiada ulasan:
Write ulasan