Ahad, 4 September 2016

Makhluk Kurang Ajar Macam Ni Memang Kena Dakwa – Doktor Kongsi Kisah Bapa Pesakit Yang Biadap..Geramnya!




Zaman serba moden sekarang dengan kecanggihan maklumat di hujung jari, kita dapat mengakses dan menerima maklumat dari internet tanpa had. Sebab tu wujudnya klausa ‘viral’ yang lebih kepada penyebaran berbentuk umum. Selalu kita dengar sikap petugas kesihatan yang biadab, tak mesra pelanggan, bahkan ada yang jenis maki hamun tak tentu pasal. Dahlah sakit, kena marah lagi.
Tapi, tak semua petugas kesihatan macam tu. Ada jugak pesakit atau penjaganya yang tak faham prosedur, main marah dan ambil gambar sesuka hati untuk diviralkan. Kami kongsikan pengalaman doktor ni buat iktibar semua.

Ambil gambar sesuka hati


Seorang bapa mengamuk apabila jururawat terpaksa mencucuk anaknya sebanyak dua kali bagi mengambil sampel darah untuk penyiasatan makmal. Pemeriksaan ini penting bagi mengesan penyakit anak beliau untuk tujuan memberi rawatan yang tepat dan berkesan.

Apabila ditenangkan rakan saya yang bertugas ketika itu, beliau bertindak mengambil gambar menggunakan handphone secara sesuka hati. Selain serangan verbal, dia juga CUBA melakukan serangan fizikal hingga terpaksa ditenangkan oleh pengawal keselamatan.

Bagi saya, ia umpama seorang tetamu kehausan bertandang ke rumah jiran untuk meminta pertolongan tetapi membuang najis ke dalam cawan berisi kopi yang disediakan tuan rumah.

Makhluk kurang ajar begini mungkin menyangka bahawa staff perubatan yang berada di sana adalah tunggul kayu yang akan membiarkan diri mereka dibelasah. Silap haribulan, ada yang bisa bertukar menjadi singa. Memamah daging lumat lumat, menelan dan seterusnya ditendang menjadi bahan buangan berbau busuk.

Tapi, negara kita ada undang undang. Setelah berbincang dengan ketua balai polis dan peguam, kami mengambil keputusan untuk membuat laporan polis.

Terdapat banyak kanun keseksaan yang boleh digunakan untuk mendakwa makhluk kurang ajar sedemikian. Saya hanya sertakan beberapa contoh sahaja.

1. Seksyen 506 kanun keseksaan boleh digunakan untuk ugutan. Pertuduhan menjadi lebih berat andai melibatkan kecederaan atau kehilangan nyawa dan diklasifikasi sebagai kes jenayah.

2. Seksyen 186 kanun keseksaan pula digunakan atas perbuatan menghalang penjawat awam melakukan tugas-tugasnya. Pertuduhan menjadi lebih berat andai dilakukan dalam premis kerajaan.

3. Perbuatan mengambil gambar dalam premis hospital dan menyebar ke media sosial boleh didakwa dibawah akta Rahsia Rasmi 1972.

Terdapat banyak lagi pertuduhan yang boleh dikenakan terhadap makhluk kurang ajar sebegini.

Saya teringat kisah 8 tahun dulu dimana keseluruhan ahli keluarga pesakit datang merayu kepada kenalan doktor apabila doktor tersebut membuat laporan polis dan mahu mendakwa atas serangan fizikal dalam premis kerajaan. Apatah lagi pelaku berhadapan dengan tindakan tatatertib, dibuang kerja dan dia boleh dipenjarakan apabila sabit kesalahan.

Sudah tiba masanya kita menghentikan sebarang bentuk keganasan terhadap petugas kesihatan. Mereka tidak harus diberi muka dan perlu sedar bahawa kami telah cuba sedaya upaya kami untuk membantu anda.

Ingat, bukan orang awam sahaja mempunyai kuasa viral. Saya percaya, anda semua boleh membantu kami menyampaikan kesedaran tentang isu ini. Keganasan terhadap staff perubatan harus dihentikan dan kita semua boleh lakukannya bersama sama.

Doktor Koboi Menentang Sikap Kurang Ajar.
Dr. Jacknaim
2 September 2016, 7.20 am.

Tiada ulasan:
Write ulasan