Jumaat, 9 September 2016

Letak Syarat Enggan Sentuh, Hafidz Nafi Dikongkong Isteri

SEPERTI yang diketahui peminat hiburan, pelakon Hafidz Roshdi merupakan antara artis lelaki yang meletakkan syarat enggan melakonkan adegan bersentuhan dengan pelakon wanita.

Dek kerana itu, muncul tanggapan aktor kacak itu meletakkan syarat sedemikian disebabkan oleh isterinya.

Letak Syarat Enggan Sentuh, Hafidz Nafi Dikongkong Isteri

Hafidz, 22, bagaimanapun menafikan keputusannya itu disebabkan dia sudah berkahwin atau dikongkong isteri.

“Sejak awal kemunculan lagi saya sebolehnya mengelak melakonkan adegan bersentuhan. Alhamdulillah perkara ini tidak mendatangkan masalah pun. Tambahan pula adegan sedemikian boleh dilakukan menerusi helah kamera.

“Tidak timbul isu saya berlagak sebaliknya ia atas kesedaran diri sendiri. Lagi pun, ketika mendapat tawaran perkara ini antara yang saya utamakan. Sekiranya produksi bersetuju, saya pun okey.

“Saya bukan artis pertama yang meletakkan syarat ini. Saya lihat rezeki rakan-rakan artis yang sama pendirian dengan saya tak pernah putus pun. Jadi saya percaya rezeki Allah.

“Namun, saya tidak mahu perkara ini dijadikan isu kerana masing-masing ada pilihan. Setiap pelakon lain caranya,” katanya kepada Harian Metro.

Sementara itu, Hafidz memberitahu, dia juga tidak berdepan dengan masalah tawaran berlakon meskipun meletakkan syarat.

Tiada ulasan:
Write ulasan