Isnin, 5 September 2016

Lelaki Dah Kahwin Tetapi Nak Berkenalan Dengan Perempuan Lain, Tak Puas Dengan Isteri Ke?


Kebelakangan ini, sudah lima lelaki yang berstatus 'suami orang' yang menghantar mesej di inbox dan send request di WeChat nak berkawan. Tapi saya kata, 

"Sorry, I'm not interested with married man."

Kadang-kadang saya keliru dengan golongan lelaki yang sudah berkahwin ini. Mereka sudah berkahwin tetapi kenapa masih nak kenal dengan orang baru? Bukankah seorang suami sepatutnya setia pada isterinya? Kenapa perlu kenal perempuan lain atau kenapa perlu ada kawan perempuan yang baru? 

Walaupun perbualan standard sekali pun seperti duduk di mana, kerja apa, tinggal serumah dengan siapa bagai, kenapa nak berkenalan? Kenapa? Kalau budak-budak lelaki yang single boleh diterima lagi sebab, 

"Alaa, couple je. Tak ada ikatan sah yang halal." 

Yes! Tetapi masih texting dengan perempuan lain nak berkenalan, itu adalah lelaki dalam kategori lelaki yang tidak boleh dibuat sebagai boyfriend sebab tak setia! Tetapi yang sudah berkahwin ini lagi teruk. Apa yang mereka tak puas? Kenapa nak berkawan dan berkenalan dengan perempuan baru? 

Tak masuk akal walaupun sekadar texting saja. Langkah seterusnya ajak lepak, kemudian berkawan, rapat dan jatuh cinta. Bermula dari hubungan sebagai kawan itulah boleh jatuh hati. 

Kenapa tak reti menghargai isteri yang sudah setia? Kalau isteri jenis yang banyak lelaki, bolehlah balas dendam, buat perangai balik (maybe). Tetapi percayalah, 90% isteri baik takkan buat hal. Kaum lelaki/suami saja yang panjang kaki di luar. 

Kenapa? Kalau rasa tak puas hidup nak kenal semua perempuan, nampak perempuan cantik saja terus nak kenal? Kalau begitu, tak perlu berkahwin! Jangan mainkan perasaan isteri. Tak penat ke lafaz akad nikah, buat majlis segala, hujung-hujung masih nak mencari perempuan lain? Apa ertinya lafaz nikah itu kepada awak yang bergelar sebagai lelaki/suami? 

Ya, memang kuota ada empat. Jika mampu beri banglo setiap seorang isteri, kahwinlah banyak mana pun. Tapi kalau setakat makan maggi di hujung bulan, bayar kereta pun sangkut, duit susu pun isteri yang belikan, masih ada hati nak berkawan dengan perempuan lain? 

Belajar hargai isteri anda! Tolonglah! - Facebook

Tiada ulasan:
Write ulasan