Rabu, 14 September 2016

“Lakon Babak Ghairah Tanggungjawab Saya”

Melakonkan aksi ghairah dalam filem terbaru berjudul, Luqman, ada yang beranggapan Raja Ilya seolah-olah dipergunakan bagi menghidupkan watak seorang penari jelita untuk menarik perhatian penonton. Namun baginya, adegan ghairah yang dibawanya adalah satu tanggungjawab yang diberikan oleh pengarah untuk merealisasikan jalan cerita tersebut.



“Setiap kali ada babak mencabar sebegini, pengarah pasti mempunyai sebab tersendiri untuk kepentingan jalan cerita. Sebagai pelakon, adalah menjadi tanggungjawab saya merealisasikan babak ini. Saya tidak akan melakonkan jika ia bukan kehendak skrip dan naratif”

“Filem ini berbeza daripada karya komersial sedia ada. Terpulang kepada penonton untuk mentafsirkannya. Babak ghairah ada kepentingan untuk menghidupkan lagi jalan cerita,” katanya kepada Harian Metro mengenai lakonanya didalam filem bertajuk Luqman.

Bakal menjengah pawagam tidak lama lagi, dalam filem arahan pengarah terkenal, Dr Mahadi J itu Raja Ilya bergandingan dengan Wan Hanafi Su dan Josiah Hogan selaku teraju utama. Bagaimanapun filem ini dikatakan mendapat respon negatif dari peminat yang tidak senang melihat beberapa adegan panas yang dipamerkan di dalam filem itu

Tiada ulasan:
Write ulasan