Ahad, 18 September 2016

Kuzain Jangan Join Bola Sepak Malaysia - Nitezen

Image result for wan kuzain wan kamal


Kuala Lumpur: Jika Thailand berjaya memujuk bekas pemain Bawah 17 tahun (B-17) Switzerland, Charyl Chappuis kembali berbakti untuk negara kelahiran ibunya, Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) juga disaran merekrut Wan Kuzain Wan Kamal (gambar) bagi menyarung jersi Harimau Malaysia.

Kuzain, 18, yang dilahirkan di Amerika Syarikat (AS) serta mempunyai darah kacukan Malaysia-Amerika (bapanya rakyat Malaysia)kini beraksi untuk kelab St Louis FC dan difahamkan pemain tengah menyerang berkenaan turut terpilih berpatih dengan skuad remaja negara ‘Uncle Sam’ itu.

Presiden Persatuan Jurulatih Bolasepak Malaysia (PJBM) B Sathianathan berkata FAM seharusnya sudah memulakan langkah untuk cuba memujuk pemain itu beraksi bersama pasukan negara.

“Dalam perkara ini bagi saya, FAM tidak boleh menunggu dan membiarkan pemain itu kerana rugi sekiranya dia memilih untuk beraksi dengan Amerika Syarikat apabila umurnya mencapai 21 tahun nanti.

“Jadi, kalau boleh, mulai dari sekarang, FAM kena menghubungi dia dan keluarganya untuk berbincang.

Namun kenyataan yang dikeluarkan oleh FAM ini tidak dipersetujui hampir kesemua peminat bola sepak Malaysia.

"Tak payah lah bengong. Biar la budak tu berkembang kat sana bermain dengan rakan sepasukan yg setaraf dengan dia. Kalau dia sorang je power dalam pasukan kebangsaan, teammates lain main macam pundek, tahan bola ke laut, tendang bola ikut arah punai, sia2 je bakat dia kat sini. Selagi FAM tak berubah, elok lah dia stay kat sana, untung2 boleh represent US dapat main World Cup. Sekadar pandangan." Ujar Raymond Benordine

"  Jgn bandingkan Charyl cappuis dgn wan khuzain...thailand punya skuad yg bagus sebelum charyl cappuis datang...x rugi lah kalu dia pulang ke thailand utk bermain ngan skuad kebangsaan thailand..sebab dia tahu skuad thailand bagus..." Tambah Mohd Razi Abd Hamid

" Aku rasa lagi rugi main dkt malaysia ni hahaha bukan tak support bola negara sendiri , tapi memang tak boleh kemana mana . Baik dia duduk sana lakar kariernya sendiri . Membazir bakat yang ada . FAM cari pokok yg berbuah lebat , tapi tak tahu cara and baja untuk digunakan untuk menanam pucuk yg boleh memberi hasil pada masa akan datang ." Azrul Alfian  turut bersependapat

Tiada ulasan:
Write ulasan