Jumaat, 23 September 2016

Kos Kahwin Lelaki Ini Hanya RM2k Tanpa Letak Hantaran. Korang Pun Boleh Kalau…

Kami percaya masalah yang sering menghantui pasangan muda sekarang ini mestilah berkaitan duit hantaran dan kos perkahwinan yang agak melampau. Pernikahan yang sepatutnya menjadi mudah menjadi rumit dek kerana perkara ini. 

Contohilah kisah yang dikongsikan lelaki ini, masa kahwin duit poket yang ada cuma RM500 sahaja. Katanya doa dan ikhlaskan niat kerana Allah. Allah akan hantar bantuan melalui orang lain untuk lengkapkan majlis. Syukur!

Masa nikah duit poket hanya RM500

Apa yang susah-susah pikir pasal majlis kahwin. Pelamin cantik? Baju liplap-liplap? Kek 80 tingkat? TAK perlu semua tu.
Masa saya nikah dengan isteri saya Sufia Nadia. Duit poket ada RM500, Akak saya Nor Hamizah bagi saya RM500, kawan isteri hadiahkan RM500, saya pinjam duit kat kawan saya RM500. Total RM2000.
Sebelum kahwin, saya kata kat isteri saya,”Kita nak kawin dengan harga RM2000, boleh je tapi syaratnya kena tutup telinga. Mak sedara ngumpat ke, family tak faham ke.. pedulikan semua tu. Kita nak buat benda baik..” Isteri saya follow je.
Cincin kahwin dan hantaran-hantaran, semua abang dan akak ipar saya Suhana Mohamed Hassan sedekahkan kepada saya tapi dengan syarat kata dia, “ko beli cincin tunang yang murah satu. Baru abg belanja hantaran.” Hehe. Moga Allah limpahkan rezeki melimpah ruah kepada orang yang meringankan beban saya dan isteri.
Kasut, beg, telekung solat yang berpatutan harganya itu sahaja.

Saya kahwin total RM2000

Baju? Saya belikan baju nikah isteri saya RM70 dan dia jahit sulamnya sendiri, tudung RM30 beli kat member saya jugak. Baju saya pulak, jubah, kopiah dan serban yang saya selalu bawa pergi solat dan talaqqi.
Makan-makan semua family isteri belikan, mereka beli daging kawah. Pada saya, daging packet pun dah cukup. Tapi takpelah nak raikan orang ramai. Saya iyekan saja.
Malam Maulidurrasul, 12 rabiulawal 1437H pada khamis malam jumaat kami bertunang. Saya imamkan solat hajat dan doa. Selesai majlis bertunang, abang saya tutupkan dengan doa juga.
Esoknya 13 rabiulawal 1437H kami nikah. Jamu orang makan apa adanya dan habis majlis. Alhamdulillah, makanan lebih cukup-cukup untuk kami makan malam bersama keluarga. Memang sebelum kahwin, antara amaran saya kepada isteri saya,”JANGAN ADA MAKANAN YANG LEBIH TERLALU BANYAK.”
Laaaaa MUDAHNYA NIKAH rupanya. Saya pelik apa yang hangpa payah sangat nak MENIKAH? Nak jadi raja sehari di dunia sementara ni pasai apa? Niat nak kawin pun tak betul dah.
Saya kawin, total RM2000. Doa, hati ikhlas nak kawin niat kerana Allah. Allah hantar bantuan melalui orang lain untuk lengkapkan majlis saya. ALHAMDULILLAH. Tiba-tiba ada orang bagi pinjam khemah, bunga-bunga hiasan dan sebagainya.

Kahwinlah, mudahkanlah

Lepas kahwin, yang mengumpat bini saya tu. Pakat datang jumpa mintak maaf kat bini saya. Kami maafkan dengan hati yang terbuka.
Kahwinlah, mudahkanlah. Jangan dipayahkan. Sekarang tak usah kata mat rempit nak kawin mahal-mahal. Budak belajaq agama pakai purdah, pakai jubah, pakai macam-macamlah yang islamik. SIBUK nak kahwin MACAM ARTIS. Hukum hakam diketepikan, majlis yang baik menjadi HARAM kerana junjung adat yang melampau. Pembaziran berlaku. Makanan jadi BASI. Kalau kucing makan pun boleh keracunan. Allah….ubahlah.. Jangan ikutkan hawa nafsu. Tapi ikutlah apa yang islam ajar.
Sekarang, nikmat rezeki lepas kahwin. Saya rasai dengan tenang. Alhamdulillah, setakat ni saya dan isteri tak pernah lapar. Rumah, kereta dan yuran belajar saya masih mampu dibayar. Moga-moga rezeki kami bertambah. Amin.
Kahwin dengan kos RM2000 tanpa letak hantaran. Nikmat yang tak semua orang dapat rasa.
Tak percaya?? Cer cuba try test!!
Wallahualam.
sumber: Sobri Nadzari

Tiada ulasan:
Write ulasan