Rabu, 21 September 2016

'Kenapa Awak Lari Dari Rumah?'

Lewat malam semalam sekitar jam 2 pagi, saya ternampak gadis (India) ini keseorangan di bandar sambil membawa dua bag yang penuh dengan pakaiannya.  


Lalu saya mengambil keputusan untuk menghampiri dia dan bertanya apa yang berlaku. Katanya, dia baru saja keluar dari rumah. Alasan, bapanya tidak menjaga dirinya dengan baik. 

Saya benar-benar risau akan keselamatan dirinya kerana dia berumur 18 tahun. 

Selepas berbual dengannya beberapa minit, saya berjaya membuat dia sedar akan kesilapannya. Malah nombor telefon ayahnya juga saya dapat. Kemudian saya terus menghubungi ayahnya untuk datang. 

Menurut si bapa, anak gadisnya ini bertindak melarikan diri dari rumah semata-mata mahu bertemu dengan teman lelakinya. Saya beri nasihat kepada gadis itu dan juga bapanya. 

Kasihan gadis ini kerana dia tiada ibu dan adik beradik. Dialah satu-satunya anak kepada lelaki itu. Pasti dia amat merindui kasih sayang dari ibunya. 

Wahai ibu bapa sekalian, tolong luangkan masa anda dengan anak-anak. Jika mereka melakukan kesilapan, jangan terlalu cepat menyalahkan mereka. Sebagai ibu bapa, adalah tanggungjawab anda untuk membesar atau mendidikan mereka dengan baik. 

Saya gembira dapat menyelamatkan gadis itu dan menghantar dia kembali ke pangkuan bapanya. - LK Raj Naiker. -LK Raj Naiker

Tiada ulasan:
Write ulasan