Sabtu, 17 September 2016

'Kembalikan Umar Kepada Saya!' - Wanita Kesal Suami Sanggup Culik Anak Sendiri


Pada awalnya, wanita ini menyangka suami (bakal bercerai) hanya sekadar mahu berjumpa dan meluangkan masa bersama anak kecilnya. Namun sangkaannya itu meleset apabila lelaki itu tidak mengembalikan anak kecilnya itu. 

Sharifah Nur Ni'mah, 25, setiap hari menghantar mesej kepada lelaki itu agar memulangkan anaknya sejak tiga bulan yang lalu. Namun, hanya beberapa kali saja mesejnya dibalas. 

"Anak saya, Umar, diambil oleh bapanya pada 26 Jun lalu ketika bulan ramadhan. Bapanya datang ke rumah ibu saya untuk membawa Umar keluar. Saya beri keizinan kerana dia berhak untuk bertemu dengan anaknya. Namun, dia tidak menghantar Umar pulang kepada saya semula sejak dari itu. 

"Bayangkan, setiap hari saya menghantar mesej kepadanya merayu agar dia kembalikan anak saya. Lelaki itu hanya beberapa kali saja membalas mesej dalam tempoh 3 bulan itu. Saya hanya dibenarkan bertemu dengan anak saya dengan syarat keluarganya. Apabila saya pergi ke rumah mereka untuk berjumpa dengan Umar, tiada seorang pun yang mahu membuka pintu rumah!" katanya. 








Menurut Sharifah, sudah hampir 3 bulan dia telah dipisahkan dengan anaknya. Meskipun perkahwinan mereka belum berakhir dan masih menunggu keputusan dari mahkamah, itu tidak bermakna mana-mana pihak boleh memisahkan anak dari ibunya secara paksaan. Sharifah menyifatkan tindakan suaminya itu kejam dan tidak berhati perut.

Kasihan si kecil yang tidak mengerti apa-apa dipisahkan dari ibunya. Adalah tindakan yang tidak bertanggungjawab memisahkan anak kecil dari ibunya, lebih-lebih lagi yang masih menyusu badan. Sebagai lelaki yang bertanggungjawab, sewajarnya memahami keperluan anak. 



Meskipun sudah sefahaman, tak kira apa jua alasan, anak kecil sepatutnya dibiarkan bersama ibunya melainkan si ibu bermasalah. Semoga hak Sharifah dikembalikan dan moga terbuka hati suaminya untuk memulangkan Umar pada ibunya.

Tiada ulasan:
Write ulasan