Jumaat, 23 September 2016

'Kau Tiada Hak Buat Uber Di Sini!' - Pemandu Teksi


KOTA KINABALU - Viral dua video yang menunjukkan beberapa pemandu teksi memarahi dua pemandu Uber yang didakwa merampas pelanggan mereka.

Dua pemandu Uber dimarah, dimaki hamun dan diberikan amaran agar tidak menjalankan perkhidmatan itu lagi di Sabah kerana sekumpulan pemandu teksi itu mendakwa bahawa Uber tidak dibenarkan beroperasi di negeri itu. 

Bukan sahaja pemandu Uber menjadi mangsa, malah penumpang Uber turut menjadi mangsa makian mereka serta diminta keluar dari kereta Uber terbabit.

Berdasarkan dialog pemandu teksi berkenaan, mereka tidak mendapat sebarang pelanggan dari waktu pagi semalam hingga ke malam kejadian dan mendakwa pelanggan mereka 'dirampas' oleh pemandu Uber.

Malangnya, video yang dimuat naik oleh pemandu teksi itu sendiri bagaimanapun dikecam netizen. Bagi netizen, tindakan sekumpulan pemandu teksi terbabit enggan menerima kenyataan bahawa pengguna kini lebih memilih perkhidmatan Uber yang jauh lebih selesa dari teksi. 

"Pengguna punya duit, bukan driver teksi punya duit. Hak pengguna untuk memilih menggunakan perkhidmatan siapa," kata Putra Along. 




Selain itu, netizen yang berasal dari Sabah juga mendakwa kadar tambang perkhidmatan teksi juga semakin mahal dan tidak masuk akal.


Timbul persoalan orang ramai, apakah pengguna di negara ini tidak berhak memilih perkhidmatan yang disukai mereka sendiri? Sebaliknya perlu terus menghadap perkhidmatan teksi yang tidak begitu memuaskan? -

Tiada ulasan:
Write ulasan