Ahad, 4 September 2016

Kanak-Kanak Berusia 3 Tahun Maut Selepas Terkena 'Batu Terbang'

Batu yang muncul tiba hingga mengakibatkan Afiq Qayyum maut

JOHOR BAHRU - Seorang kanak-kanak lelaki berusia 3 tahun maut selepas terkena batu terbang yang muncul secara tiba-tiba pada kenderaan yang dinaiki oleh mangsa dan keluarga ketika melalui Jalan Taman Saujana, Kota Tinggi.

Mangsa, adik Afiq Qayyum, 3, menaiki kereta tersebut bersama dua adik beradik, ayah serta ibunya ketika kejadian.

Menurut bapa mangsa, Mohd Faizal Selamat, 35, anak bongsunya itu dipangku oleh isterinya yang duduk di bahagian penumpang, sementara dua lagi anaknya berada di tempat duduk belakang.

"Saya dari Kota Tinggi selepas bercuti di kampung beberapa hari, namun dalam perjalanan pulang semalam (Jumaat) ke Larkin pada jam 2 petang, secara tiba-tiba entah dari mana tingkap depan saya pecah.

"Ketika itu, saya yang memandu kereta itu baru sahaja pergi melepasi Taman Saujana dan menuju ke arah Kem Tentera Pulada," katanya sebagaimana lapor Sinar Online.

Mohd Faizal menambah, kemudian dia terdengar isterinya menjerit dan terlihat anak bongsunya itu berlumuran darah serta tidak bertindak balas ketika dipanggil

"Orang ramai yang berada di tempat kejadian datang membantu dan menelefon ambulans untuk membawa anak saya ke hospital.

"Afiq Qayyum diletakkan di unit rawatan rapi di Hospital Sultanah Aminah, namun disahkan meninggal dunia pagi tadi walaupun pelbagai usaha dilakukan doktor untuk menyelamatkannya," katanya.

Kata beliau lagi, dia tidak pasti dari arah mana batu itu datang dan telah membuat laporan polis.

"Batu itu adalah untuk besar untuk dibaling oleh seseorang individu dan jika isteri saya duduk seorang diri pada masa itu mungkin saya akan kehilangannya.

"Cuma mungkin ada lori besar yang membawa batu besar melalui kawasan itu dan diharap pihak berkuasa dapat mengambil tindakan dan diharap kejadian sama tidak berulang kepada orang lain," katanya. 

Tiada ulasan:
Write ulasan