Kami Hanya Jemput 1000 Orang Tetamu Dan Konsep Majlis Agak Ringkas – Nazim Othman

Tinggal kurang daripada 10 hari lagi pelakon Nazim Othman akan sah bergelar suami kepada Bella Dally. Tentu sekali debaran semakin hangat dirasai oleh pasangan berkenaan.

Image result for nazim othman

Bakal bernikah disebuah hotel di Kota Kinabalu, Sabah, Nazim memberitahu beliau memilih bulan September untuk berkahwin kerana mempunyai simbolik tersendiri  buat dirinya dan Bella.

Pada masa yang sama, Nazim akui beliau tidak pernah menyangka akan bertemu jodoh dengan seorang gadis Sabah.
Pemilihan bulan September sebagai hari bahagia kami ada simbolik tersendiri. Kami lahir pada bulan sama. Jika saya lahir tarikh 16 September, Bella pula pada 27 September.
Jika mengikut MyKad, saya memang lahir di Sabah. Bapa saya sering bertukar lokasi kerana bekerja sebagai kelasi.  Cuma saya membesar di Johor Bahru. Akhirnya jodoh saya dengan orang Sabah.
Berbicara mengenai perkahwinan beliau,  Nazim dan Bella memilih konsep majlis yang ringkas dan hanya menjemput 1000 orang tetamu.
Majlis resepsi sebelah Bella berkonsep moden manakala saya pula memilih tradisional kontemporari pada majlis menyambut menantu di Johor pada 17 September.
Nazim akan menggayakan  persalinan hasil rekaan Rizman Ruzaini manakala Bella pula akan mengenakan rekaan Tengku Syahmi bagi majlis nikah, Nurita Harith untuk resepsi di Sabah dan Rizman Ruzaini untuk majlis di Johor.
Mereka juga mendapat beberapa tajaan dari segi pelamin yang ditaja oleh Prettyphannatiq Weddings milik ibu saudara Nazim untuk majlis di pihak lelaki. Pelamin di Sabah pula ditaja oleh Damalee Wedding.

0 comment... add one now