Isnin, 19 September 2016

Kalau Hendak Bercinta Dengan Saya, Lelaki Itu Harus Pandai Ambil Hati Anak-Anak Saya – Rita Rudaini

Hubungan rapat antara Rita Rudaini dan Donna Muslim merupakan topik hangat yang menjadi bualan ramai sejak minggu lepas lagi.

Ramai yang menyimpan harapan  terutama sekali peminat Rita yang mendoakan mereka berdua mempunyai jodoh bersama.

Mengakui selesa berkawan dengan Donna, Rita bagaimanapun enggan memberikan sebarang komen lanjut tentang hala tuju hubungan mereka.
Kalau bercakap tentang dia (Donna) memang saya akui selesa berkawan dengannya. Saya sendiri tak punya ramai kawan lelaki dan apabila ada keserasian rasanya tak ada masalah untuk mengekalkan silaturahim tersebut.  Cuma yang boleh saya katakan masih terlalu jauh untuk membuat sebarang andaian buat masa ini. Biarlah masa yang menentukan.
Namun, Rita menegaskan mana-mana lelaki yang ingin memikat hatinya haruslah memenangi hati dua orang anaknya iaitu Airit Rayyan Rizqin dan Airit Qaqa Arjuna terlebih dahulu.
Untuk bercakap lebih tentang hubungan tersebut rasanya kurang sesuai. Yang boleh saya katakan mana-mana lelaki yang mahu menjalinkan hubungan cinta dengan saya perlu pandai mengambil hati kedua-dua anak saya dahulu.  Saya sendiri tidak pernah meletakkan syarat lain melainkan perkara itu sahaja. Kalau mereka mampu menawan hati anak-anak, insya-Allah akan berjaya menambat hati saya juga.
Masih terluka dengan keperitan akibat cinta dahulu, Rita akui beliau tidak mahu lagi bercinta dan ingin terus berkahwin dengan lelaki yang benar-benar sayangkan dan dapat menambat hati anak-anaknya

Tiada ulasan:
Write ulasan