Johan As’ ari Akui Cintanya Sebelum Ini Gagal

Pelakon Johan As’ari yang pernah dikaitkan mempunyai hubungan istimewa dengan pelakon-pelakon wanita seperti Izreen Azminda dan Lana Nodin mengakui bahawa percintaannya yang sebelum ini gagal kerana sikapnya yang tidak matang.



“Ya percintaan saya gagal sebelum ini kerana saya tak matang,” katanya yang ditemui di Majlis Tayangan Filem Juvana 3.

Setelah dua tahun mendalami Islam, Johan berkata dia mempelajari sesuatu yang baru iaitu kedewasaan dan cara untuk menghargai seorang wanita.

“Kita menghargai perempuan itu bukan dengan tanggungjawab sahaja. Kita tahu perempuan itu adalah satu benda yang sangat bernilai. Perempuan ini macam ‘generator’. Dia bagi kita semangat, kasih sayang dan dia jugalah aura penyeri,” katanya yang tidak menolak sekiranya dijodohkan sesama artis.

Johan turut memberitahu bahawa dia tidak akan merahsiakan perkahwinannya kerana dia sayangkan peminat-peminatnya yang sentiasa menyokong perkembangannya.

“Saya tidak akan rahsiakan perkahwinan. Sebab saya sayangkan peminat-peminat saya. Bagi saya sebagai seorang insan seni yang berada dalam dunia hiburan, gosip-gosip ini menghiburkan. Saya sendiri suka baca. Biarlah orang nak tulis pasal saya sebab ada orang yang akan terhibur dengan artikel itu,” katanya kepada Rotikaya.

0 comment... add one now