Sabtu, 24 September 2016

Jangan Halang Suami Melepak, Barulah Rumah Tangga Bahagia

Tentang isu suami suka lepak dengan kawan sampai lewat malam. Isteri selalu marah-marah bila suami lepak malam-malam dengan kawan-kawan. Cuba kita bertanya pada diri kita, kenapa kita marah suami lepak? Adakah kerana kita cemburu? Kerana suami tak lepak dengan kita atau kerana suami tidak bertanggungjawab, suami lepas tangan atau kita seorang diri kena jaga anak tetapi suami syok saja enjoy dengan kawan-kawannya?



Sebenarnya isu lepak bukanlah isu yang besar sangat. Biarlah dia nak lepak selagi kumpulan yang dia lepak itu semuanya lelaki, sekadar bersembang-sembang dan tiada maksiat.

Saya sebagai isteri, suka kalau suami pergi lepak dengan kawan-kawannya. Pertama, saya boleh berehat daripada melayani suami. Saya boleh tidur awal, tak perlu memasak atau buat air. Suami boleh makan dan minum dengan kawan-kawan.

Bagi saya, sesuatu itu kalau kita fikirkan negatif, kita akan jadi marah dan tertekan. Tetapi kalau kita fikir ke arah positif, kita akan gembira. Kalau suami tidak keluar melepak, saya akan tanya,

"Abang tak keluar ke hari ni?"

Suami saya seorang kaki lepak yang tegar. Suami juga selalu melancong dengan kawan-kawannya. Suami juga selalu outstation tetapi itu semua tidak menjadi isu kepada saya. Bila dia melepak dengan kawan-kawannya, saya akan bertanya dia lepak di mana. Kalau dia lepak di kedai makan, saya akan minta dia tapau milo ais saja.

Kalau dia nak bercuti dengan kawan, saya akan syorkan dia tempat yang saya teringin nak melancong kerana selapas dia berjalan dengan kawan-kawan, dia akan bawa kami anak beranak pula.

Banyak lagi hal lain yang perlu seorang isteri fikirkan. Tambahan sebagai seorang ibu, lebih banyak masalah anak-anak yang perlu kita selesaikan. Hal suami, tak perlu kita nak kongkong. Tahulah dia menjaga diri. Itu cara nak bahagia, tak perlu fikir peningkan kepala fikir macam-macam. Hidup hanya sementara. Sentiasa positif terhadap pasangan. Ini pendapat saya sebagai ibu kepada enam anak.

Jangan kongkong suami, sokong hobi suami. Jalankan kewajipan sebagai isteri, inshaAllah bahagia boleh tercipta walaupun orang kiri kanan berbisik sesama sendiri,Malangnya dia dapat suami perangai seperti itu. - KRT

Tiada ulasan:
Write ulasan