Jumaat, 2 September 2016

Jangan Bagitahu Nilai Gaji Anda Kepada Isteri

Image result for gaji rm


:: Cara bemberi nafkah kepada isteri ::
Sementara tunggu nombor giliran di Maybank, terdengar perbualan pakcik yang bersuara kuat di kaunter yang sedang mengeluh pada pegawai bank.
Katanya, bekas isterinya dengan sesuka hati ambil duit dari akaunnya melalui Maybank2u. Pegawai kaunter tanya, encik ada pernah bagi username dan password ke? Pakcik tu pun angguk mengaku bahawa selama ini memang itu cara dia bagi nafkah duit kepada isterinya. Pegawai bank pun pesan, lepas ni bagi la cash saja jangan bagi maklumat akaun bank.
Tiba-tiba teringat pesan Saidina Ali R.A supaya mengelakkan memberitahu pendapatanmu kepada isteri yg lbih kurang berbunyi:
"Janganlah kalian memberitakan pendapatanmu kepada isteri kerana sekiranya gajimu rendah maka ia akan memandang rendah padamu dan sekiranya tinggi maka ia akan melupakan nafsunya"
Nota : Saya tak pasti hadith ini sahih atau tidak. Tapi ia merupakan pesan yg baik utk si suami. Cukuplah kalau nak bgtau pun range gaji suami, tak perlu bgtau gaji scara tepat kerana tidak ada kewajipan hal ini ke atas suami memberitahu isteri. 

Wan Nasrul Muhaimin

Tiada ulasan:
Write ulasan