Jumaat, 23 September 2016

Izreen Azminda Tidak Akan Berlakon Bersama Amar Baharin

Pelakon Izreen Azminda yang suatu ketika pernah dikaitkan bercinta bersama dengan pelakon Amar Baharin berkata dia tidak mahu lagi dikaitkan dengan mana-mana selebriti lelaki lebih-lebih lagi dengan pelakon Amar Baharin yang akan berkahwin tidak lama lagi.



Dia turut mengatakan bahawa tidak mahu terlibat dengan sebarang lakonan atau aktiviti bersama pelakon Itu lagi.

“Saya memang dah tak mahu berlakon dengan Amar Baharin. Setiap tawaran saya akan tanya produser dahulu siapakah pelakon lelakinya, kalau Amar memang saya tolak. Saya tak suka nak propa atau menipu diri sendiri. Saya cakap terus terang kerana saya tak boleh berdepan dengan lelaki yang pernah beri impak dalam hidup saya,” katanya kepada Rotikaya.

Aktres ini turut memberitahu bahawa dia tidak mempunyai masalah dengan bakal isteri kepada pelakon Amar Baharin iaitu Amyra Rosli dan tidak pernah berdendam dengan pelakon itu, tetapi tegasnya tidak mahu lagi dikaitkan dengan pelakon Amar Baharin.

“Saya rasa Amar pun tahu prinsip dan pendirian ini. Saya tiada masalah dengan bakal isteri dia. Hanya dengan Amar sahaja saya dah tak boleh bersemuka. Orang akan cakap saya tak profesional tetapi ini pendirian saya. Saya bukan berdendam cuma dah tak mahu ada kaitan dengan Amar lagi,” katanya.

Sementara itu, Izreen turut mengakui bahawa dia sering didekati oleh lelaki yang jauh lebih muda darinya. Akan tetapi dia mahukan lelaki yang ikhlas menerima dirinya serta anaknya.

“Ada yang lebih muda cuba mendekati saya, cuma kalau boleh saya ingin lelaki yang ikhlas menerima saya seadanya di samping menyayangi saya dan anak sepenuh hati,” ujarnya mengakhiri perbualan.

Tiada ulasan:
Write ulasan