Sabtu, 3 September 2016

Isu Burqini: Chef Wan sindir Perancis

Kuala Lumpur – Chef terkenal tanahair, Chef Wan memuat naik gambar Burqini dengan corak rekaan bikini di laman instagramnya, semalam.

Ia sebagai satu sindiran kepada penguatkuasa Perancis yang melarang wanita Islam memakai Burqini ketika bersantai di tepi pantai.

Menerusi gambar itu, Chef Wan turut menulis kapsyen di gambar tersebut berharap agar rakyat Perancis yang menentang Burqini bergembira dengan rekaan corak Burqini di dalam gambar tersebut.

“Saya berharap ini akan membuat rakyat Perancis yang menentang semua ini, gembira,”tulisnya.

Beliau turut meluahkan pandangannya terhadap undang-undang yang disifatkan sebagai bodoh dan menyindir pihak berkuasa yang melakukan kezaliman dan penindasan terhadap manusia yang tidak berdosa.

Tambahnya, perbuatan tersebut bakal mendapat balasan setimpal.


“Tidak menunggu lama. Allah sedang memerhati. Hanya menunggu masa,”akhirinya.

Terdahulu, wa­ni­ta Islam berdepan larangan me­makai burkini di Perancis, namun tidak di negara lain yang kini melihat pakaian renang itu semakin popular terutamanya di Australia dan China.

China kini turut menggunakan rekaan sama yang diberi nama ‘facekini’ namun dengan corak dan gaya yang lebih kreatif.

Koleksi terbaharu facekini itu direka dengan co­rak spesies hidupan liar yang terancam antaranya panda gergasi, buaya dan harimau Siberia.

Sut renang itu seakan-akan bur­kini yang menutupi keseluruhan tubuh badan pemakainya, namun direka lebih ketat.

Topeng itu digunakan bagi membantu wanita di China me­lin­dungi kulit wajah mereka da­­ripada sinaran matahari dan gangguan ­obor-obor ketika berada di tepi pantai.

Sebelum ini, Facekini dipersenda dan hanya mendapat perhatian wanita pertengahan umur di awal kemunculannya.

Bagaimanapun sut renang itu kini semakin popular dalam kalangan wanita muda dan golongan lelaki.-SuaraTV


Chef Wan sindir Perancis

Tiada ulasan:
Write ulasan