Selasa, 27 September 2016

Isteri Tak Terkejut Isu Tuduhan Idris Khan Isu Penyebaran Video - Ammar Alfian

Berita penyebaran gambar bogel yang didakwa mirip pelakon Idris Khan dan Atikah Suhaime sejak dua minggu lalu turut mengheret nama pelakon Ammar Alfian.



Pelakon drama Sahara itu dituduh menjadi dalang berdasarkan mesej yang dihantar Idris kepadanya.

Bagaimanapun, Ammar, 29, menafikan perkara berkenaan sebaliknya mempersoalkan sikap rakan karibnya itu yang cuba memanipulasikan isu terbabit dengan menyalahkan orang lain.

Pada masa sama Ammar yang kebetulan pulang ke tanah air bersama isteri, Nelissa, 25, pada 8 September lalu tidak terkejut dengan perkhabaran itu.

“Sebelum berkahwin lagi saya sudah bercerita kepada isteri perangai dan gaya hidup saya dari A sampai Z. Bukan apa, saya tidak mahu menipu atau menyembunyikan sesuatu daripada pengetahuan dia dan keluarganya. Pendek kata saya berjanji menjadi lebih baik.

“Perkara yang dikongsi termasuk gosip mengatakan saya memiliki video seks bersama Idris dan Atikah.

“Jadi apabila dia dapat tahu timbul cerita lain berkenaan gambar bogel, dia tak terkejut.

“Cuma dia bertanya kenapa saya pula yang dituduh sedangkan gambar itu memaparkan Idris dan Atikah? Dalam perkara ini dia sangat terbuka kerana sudah tahu saya macam mana,” katanya.

Sambung Ammar, isterinya turut menasihati dia agar berdiam diri bagi mengelakkan keadaan bertambah rumit.

Namun tindakan Idris yang muncul dalam program Hlive! dengan memberi kenyataan seolah-oleh mengaitkan Ammar membawa kepada pendedahan mesej Idris yang dihantar kepadanya.

“Saya memberitahu isteri, ramai orang suka menjatuhkan hukuman sekiranya seseorang berdiam diri apabila dikaitkan dengan sesuatu isu.

“Justeru saya tampil mendedahkan tuduhan yang dilemparkan Idris kepada saya.

“Ikutkan saya tak nak mencampuri urusan mereka tetapi disebabkan kenyataan Idris mengatakan apa yang berlaku berpunca daripada ‘musuh dalam selimut’, saya tak boleh duduk diam. Saya perlu mempertahankan diri saya,” katanya.

Tiada ulasan:
Write ulasan