Jumaat, 9 September 2016

Ibu Jalin Hubungan Songsang Dengan Anak Gadis Sendiri

APABILA hidup hilang pegangan, inilah yang berlaku. Seorang ibu dan anak perempuannya telah ditangkap selepas mereka didapati menjalinkan hubungan sumbang mahram dan berkahwin sesama sendiri.

Ibu Jalin Hubungan Songsang Dengan Anak Gadis Sendiri

Patricia Spann, 43, dan anaknya Misty Spann, 25, yang berasal dari Oklahoma, Amerika Syarikat telah berkahwin pada Mac tahun lepas. Bukan sahaja mereka berkahwin malah kedua-duanya menjalinkan hubungan lesbian yang menjijikkan.

Sebelum itu, Patricia telah berkahwin dengan anak lelakinya, Jody Calvin Spann pada 2008. Perkahwinan berkenaan bagaimanapun telah dibatalkan pada 2010.

Perkahwinan antara Patricia dengan Misty itu telah terbongkar selepas jabatan perkhidmatan kemanusiaan mengadakan siasatan.

Waran tangkap untuk dua beranak itu telah dikeluarkan dan kedua-duanya akan didakwa di mahkamah kerana melakukan sumbang mahram.

Dalam pada itu, Patricia dilaporkan memberitahu penyiasat bahawa dia telah hilang hak penjagaan ke atas anak perempuan dan dua anak lelakinya, selepas mereka dibesarkan oleh neneknya.

Dia hanya bertemu kembali dengan Misty, dua tahun lalu. Patricia tidak percaya dia telah melanggar undang-undang dengan mengahwini anak perempuannya kerana namanya tidak lagi tersenarai dalam sijil kelahiran Misty.

Tiada ulasan:
Write ulasan