Isnin, 19 September 2016

Hanya Orang Malas Setuju Kerja 6 Jam Sehari - Cuepacs

GEORGE TOWN - Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) sebulat suara tidak menyokong cadangan mengurangkan waktu bekerja dari 8 jam ke 6 jam sehari, lapor Free Malaysia Today.




Presiden Cuepacs, Datuk Azih Muda menyifatkan, mereka yang bersetuju dengan cadangan bekerja selama 6 jam itu hanyalah mereka yang malas.

"Tiada sesiapa yang bekerja 8 jam secara berterusan. Pekerja keluar untuk waktu rehat minum kopi atau keluar untuk menjemput anak pulang dari sekolah dan lain-lain.

"Oleh itu Cuepacs membantah idea (MTUC) tersebut," katanya dalam sidang media selepas merasmikan mesyuarat Kesatuan Anggota KEMAS, semalam.

Azih menyuarakan kebimbangan di mana jika cadangan itu dilaksanakan, ia akan menjejaskan pendapatan pekerja yang dibayar mengikut jam kerana gaji mereka akan menjadi lebih rendah.

Justeru, Azih berharap kerajaan akan mengkaji cadangan itu dengan teliti dan juga berharap waktu kerja tidak dikurangkan tetapi gaji dinaikkan.

Tiada ulasan:
Write ulasan