Ahad, 25 September 2016

Hairan David ‘Teo kutip’ balik Uqasha Senrose Selepas Buka Tudung

Ingatkan hanya Diva sahaja yang tertanya-tanya, rupa-rupanya dalam blog dan forum gosip di internet memang rancak orang bercakap pasal Uqasha yang kembali semula kepada syarikat pengurusannya yang dahulu, MIG.

Image result for uqasha senrose' buka tudung

Perkara ini jadi pelik sebab sebelum ini, pelakon yang baru buka hijab itu yang beria-ia mahu meninggalkan MIG. Tak silap Diva, ketika itu, kontrak masih berbaki beberapa bulan lagi, tetapi sudah kecoh kisah dia mahu keluar dari syarikat pengurusan tersebut bertebaran di sana sini.

Seingat Diva, sewaktu Uqasha mahu keluar dahulu, antara alasan yang dikaitkan adalah kerana dia menjalin cinta dengan Pekin. Sebab apa yang Diva maklum, jika mahu jadi artis MIG, memang tak dibenarkan bercinta. Bak kata Uqasha sebelum ini, memang siap ada dalam kontrak perjanjian tak boleh bercinta. Sebab itu, ada yang terpaksa bercinta dalam diam-diam. Macam kes Wawa Zainal jugalah, tahu-tahu dah kahwin.

Maka, selepas tamat kontrak sekitar tahun 2013, Uqasha bergerak sendiri. Tapi selepas Uqasha buka tudung tempoh hari, tiba-tiba David ‘kutip’ balik artisnya itu. Itu yang menjadi tanda tanya ramai. Apa motif tiba-tiba David ambil balik Uqasha?

Secara logik, Diva rasa mesti ada apa-apa ini. Kalau tak, masakan Uqasha pun sanggup berpatah balik semula jadi artis naungan syarikat tersebut. Setahu Diva belum pernah terjadi kes sebegini.

Diva: Atikah Suhaime beritahu, gambar bogel tersebar yang didakwa mirip dirinya itu belum lagi dilihat dengan mata sendiri. Kalaulah terjadi kepada Diva, memang cepat-cepat Diva nak tengok betul ke tidak gambar yang dimaksudkan itu.

Tiada ulasan:
Write ulasan