Hafiz Suip Akui Tertekan Asyik Disoal Tentang Anak

Sudah menjadi lumrah agaknya bagi pasangan yang baru mendirikan rumah tangga untuk menjawab soalan berkaitan cahaya mata dan Hafiz Suip juga nampaknya tidak dapat lari daripada perkara berkenaan.

Image result for hafiz suip


“Biasalah sudah kahwin bila nak ada anak, ibu bapa saya pun asyik bertanya dan ingin cucu segera tapi setakat ini belum ada rezeki lagi. Insya-Allah, doakan yang terbaik kerana saya memang nak anak cepat,” ujarnya yang mengakui tertekan apabila sering disoal berkaitan perkara tersebut.

Sementara itu, ketika ini Hafiz juga masih tinggal bersama keluarga mertua selepas mendirikan rumah tangga. Kata Hafiz, apa yang dilakukannya ketika ini adalah untuk memberi ruang kepada isterinya agar benar-benar bersedia sebelum mereka tinggal bersama.

“Sekarang saya tinggal dengan keluarga mertua untuk bagi masa dan ruang kepada isteri agar benar-benar bersedia sebelum kami tinggal berasingan.

“Saya ada rancang untuk duduk sendiri lepas kahwin, tapi saya kena faham juga dia agak rapat dengan ibunya. InsyaAllah bagi masa dia tinggal dengan keluarga setahun sebelum kami berpindah ke rumah sendiri,” katanya kepada mStar Online

0 comment... add one now