Ahad, 4 September 2016

Hafiz enggan komen isu batal kahwin dengan Fara Fauzana

PEMUDA yang sepatutnya melangsungkan perkahwinan dengan Fara Fauzana, Mohamed Hafiz enggan mengulas lanjut berhubung pembatalan perkahwinanya bersama selebriti itu.

Memetik BHOnline, Hafiz ketika dihubungi enggan memberi komen lanjut dan akan membuat kenyataan berhubung perkara itu dalam masa terdekat.

"Setakat ini, saya tiada sebarang komen. Tunggulah sehari dua nanti. Saya pun baru tahu mengenai kenyataan media itu daripada pemberita yang menghubungi saya," ujarnya.

Dalam pada itu, Hafiz berkata selama ini, dia tidak dapat mengeluarkan sebarang kenyataan atas sebab peribadi.
Image result for gambar fara fauzana dan bakal suami

Sebelum ini, Fara mengesahkan bakal menamatkan zaman bujangnya dengan seorang usahawan yang dikenali sebagai Hafiz tanpa mendedahkan maklumat, serta identiti lelaki berkenaan.

Bagaimanapun, Fara Fauzana dalam kenyataannya hari ini mengumumkan pembatalan majlis pernikahannya yang dirancang 17 September ini atas sebab peribadi.

Fara memberitahu keputusan itu diambil setelah beliau memikirkan semasak-masaknya selain memohon petunjuk daripada ALLAH SWT dan keluarganya

Tiada ulasan:
Write ulasan