Gerai Nasi Lemak Anak Dara Viral Bulan Lepas, Bulan Ini Kena Saman

HAH ALAM - 26 Ogos lalu, viral di media sosial tentang Gerai Nasi Lemak Anak Dara yang diusahakan seorang gadis dari Kedah. 


Ramai yang memberi sokongan kepada Siti Hajjar Ahmad, 24, yang berasal dari Sungai Petani Kedah ini dan memuji usaha beliau untuk berniaga mencari duit tambahan sementara menunggu panggilan temuduga.


Bagaimanapun gambar Siti Hajjar dikenakan tindakan oleh Penguatkuasa Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) tersebar di media sosial pagi tadi. 

Melalui kenyataan Siti Hajjar pada Ogos lalu, dia telah mendapat tawaran dan akan mula bekerja sebagai Cost & Design Engineer di Subang Jaya bermula September ini. 

Perkara ini sememangnya sudah dijangka oleh netizen semenjak viralkan mengenai gerai nasi lemak anak dara ini. 

Jika di Negeri Sembilan, Menteri Besarnya telah mengeluarkan kenyataan agar jangan dihalang rakyatnya yang mahu menjalankan perniagaan kecil-kecilan seperti menjual nasi lemak ini. Bagaimanapun di Selangor, perniagaan menjual nasi lemak ini perlulah mendapat 'lesen' daripada pihak MBSA terlebih dahulu.

Meskipun begitu, jangan ada yang menyalahkan penguatkuasa MBSA. Mereka hanya sekadar menjalankan tugas sahaja. 

1 comment... add one now

Tanpa NamaTanpa Nama 27 September 2016 11:08 PTG
Ya mereka hanya menjalankan tugas mmg betul tapi knp kebanyakkan yg sy baca didalam media sosial kebanyakkannya peniaga Melayu saja yg menjadi mangsa saman mereka, peniaga berbangsa bukan Melayu pun banyak jgk tapi x pernah terbaca dlm media sosial mereka menyaman peniaga tersebut. Knp erk..??????