Rabu, 21 September 2016

"Foto Bogel Itu Bukan Saya" - Atikah Suhaime

PETALING JAYA: Ketika heboh penyebaran foto bogel dua orang  pelakon, seorang yang dikaitkan dalam foto berkenaan iaitu pelakon Atikah Suhaime tampil menafikan dia individu yang dimaksudkan selama ini.



Atikah, 25, yang berasal dari Singapura turut memberitahu dia tidak melihat gambar kontroversi itu yang turut mengaitkan pelakon Idris Khan.

"Itu bukan saya, saya langsung tidak lihat gambar tersebut. Hanya ibu saya sahaja yang lihat.

"Ibu menasihatkan saya agar bersabar sahaja," ujarnya ketika ditemui pada majlis previu filem Volkswagen Kuning, di sini, malam Selasa.

Atikah menjawab kontroversi gambar bogel yang tersebar di Internet sehari sebelum Hari Raya Aidiladha lalu.

Pelakon yang popular dengan filem Highland Tower itu juga kelihatan tenang sepanjang diajukan soalan daripada media berhubung perkara berkenaan.

Selain itu, Atikah berkata, dia menyerahkan urusan bagi membuat laporan polis kepada pihak pengurusannya MIG Talent  selain mereka mahu menyiasat dalang disebalik penyebaran gambar berkenaan.

"Saya tidak boleh cakap banyak cakap tentang perkara ini dan akan menyerahkan kepada syarikat pengurus untuk menyiasatnya," ujar Atikah.

Terdahulu, pada tahun lalu, Atikah turut dihimpit kontroversi kononnya mempunyai video seks bersama dua pelakon lelaki iaitu Idris Khan dan Ammar Alfian.

Bagaimanapun, Atikah tampil menafikan berita berkenaan dan meminta pihak penyebar khabar angin itu agar menunjukkan bukti.

Tiada ulasan:
Write ulasan