Jumaat, 9 September 2016

Fara: Walau Ada Masalah, Kerja Tetap Diteruskan

SEJAK mengeluarkan kenyataan media mengumumkan mengenai pembatalan majlis perkahwinannya, Fara Fauzana masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan lanjut bagi mengulas mengenai hal itu.

Fara: Walau Ada Masalah, Kerja Tetap Diteruskan

Dan hari ini ketika ditemui pihak media pada acara Bengkel Sekolah Radio yang dianjurkan stesen radio IM4U, Fara yang dipetik Harian Metro berkata: “Walau apa pun masalah dan cabaran hidup, kerja tetap diteruskan.”

Itu sahaja kata-kata ringkas yang diucapkan Fara ketika ditanya moderator, Faizal Ismail mengenai keberaniannya muncul pada acara tersebut.

Sementara itu, memetik BHOnline, personaliti radio berusia 36 tahun itu pula berkata: “Semua ini (batal perkahwinan) ketentuan Allah dan segala-galanya sudah dijelaskan. Terima kasih kerana menyokong saya.”

Dalam majlis itu, Fara telah ditemani oleh enam pengawal.

Kehadiran Fara pada majlis tersebut menjadi perhatian dalam kalangan pihak media bagi mendapatkan penjelasan sebenar mengenai punca pembatalan majlis perkahwinannya yang dijadualkan 17 September ini.

Pada majlis sidang media yang diadakan 1 Ogos lalu, Fara mengumumkan bakal berkahwin dengan seorang ahli perniagaan yang dikenali sebagai Hafiz.

Spekulasi tercetus mengatakan majlis itu dibatakan disebabkan status Hafiz yang dikatakan suami orang.

Walau bagaimanapun, Hafiz tampil menafikan perkara itu dalam satu kenyataan media, semalam.

Tiada ulasan:
Write ulasan