Empat Punca Kenapa Perempuan Jadi Lesbian…

JANGAN terkejut kalau ada antara kawan anda yang membuat keputusan untuk menjalin hubungan sengan kaum sejenis tanpa menghiraukan mereka yang berada di sekelilingnya.

4 Punca Kenapa Perempuan Jadi Lesbian...

Kami kongsikan 4 sebab utama kenapa perempuan memilih untuk menjadi lesbian:

1. Ingin mencuba sesuatu yang berbeza

Perasaan ingin tahu apa rasanya bila berdekatan dengan wanita lain, kenapa lelaki terlalu taksub dengan payu dara wanita dan apa rasanya jika mendapat perhatian manja dari wanita lain. Ini akan memudahkan mereka untuk merasakan semua perkara itu.

2. Emosi lebih selesa

Kebanyakan lelaki sukar memahami perasaan seorang wanita. Jadi, jika wanita mengadakan hubungan sejenis, mereka akan lebih memahami antara satu sama lain.

3. Lebih memahami titik sensual mereka

Tidak semua lelaki tahu bahagian mana yang disukai wanita untuk disentuh. Jadi jika bercinta dengan kaum sejenis, mereka lebih arif tentang kawasan sensual yang disukai.

4. Patah hati

Rasa sakit hati kerana putus cinta dengan lelaki juga merupakan punca wanita menjadi lesbian. Berputus asa dan takut jika dikecewakan lagi sekiranya bercinta dengan lelaki akan membuat keputusan untuk menjadi lesbian. –

0 comment... add one now