Rabu, 14 September 2016

Duit Bulanan Di Berikan Kepada Isteri Bukan Nafkah ! Baca Ini

Image result for nafkah


Kebetulan ada kawan bertanya, berapakah NAFKAH DUIT bulanan wajib diberi kepada isteri?
JAWAPANNYA : Duit bulanan yg diberi kpd isteri itu bukan nafkah. Itu sedekah yg afdhal. Duit itu hanya jadi nafkah sekiranya utk membeli 3 perkara nafkah asas berikut : 

 NAFKAH ZAHIR SUAMI KEPADA ISTERI :: Ust Azhar Idrus
Saya menasihati diri sendiri, juga suami2 yg lain berkaitan tanggungjawab wajib seorang suami kepada isteri dan juga pengetahuan kepada para isteri, bahawasanya nafkah zahir suami kepada isteri itu ada 3 :
1) MAKAN MINUM - Wajib diberi makan dan minum oleh suami sama ada dalam bentuk makanan, atau duit utk membeli makanan, atau disediakan bahan utk makanan, sebanyak 2 KALI SEHARI SEKURANG2NYA. Wajib diberi makan seperti yg biasa dimakan isteri, di Malaysia adalah wajib diberi nasi beserta lauk.
2) PAKAIAN - Wajib disediakan pakaian kepada isteri sebanyak 2 PASANG SETAHUN SEKURANG2NYA. Yg dimaksudkan satu pasang pakaian itu adalah satu set lengkap termasuk tudung, baju luar, baju dalam, seluar luar, seluar dalam
3) TEMPAT TINGGAL - Tak kira rumah batu, rumah kayu, rumah kotak yang SESUAI DIDUDUKI OLEH SEORANG WANITA yg DILENGKAPI TEMPAT MANDI & BERSUCI. Tidak boleh tempat mandi terbuka sehingga sukar isteri mandi dan bersuci. Dan tidak boleh rumah itu ada ORG YANG TIDAK DISUKAI ISTERI
Tambahan : Segala perbelanjaan rumah wajib ke atas suami. BERDOSA SUAMI YG MEMBAHAGI2KAN PERBELANJAAN sebahagiannya kepada isteri. Melainkan, isteri terlebih dahulu menyuarakan keinginan untuk membantu suami. Meskipun terkadang ditanggung isteri, ustazah Norhafizah Musa berpesan, agar apabila suami telah mampu, wajib dia mengambil kembali tanggungjawab perbelanjaan itu. (Perbelanjaan yg dimaksudkan adalah perbelanjaan wajib/asas sahaja)
KURANG DARI ITU HARAM. LEBIH DARI ITU SUNAT (Sedekah).
Note : Sebahagian rumahtangga yg rosak kerana tidak mengetahui hak nafkah masing2, apabila suami jahil mengurangkan hak nafkah, sementara isteri yg kurang ilmu memaksakan melebihi hak nafkah

Tiada ulasan:
Write ulasan