Khamis, 29 September 2016

'Laa... Bukan Doktor Rupanya' - UM Nafi Beri Gelaran Doktor Kepada Azizan Osman

Dr.Azizan Penipu Ijazah Kehormat Doktor Tiada Dalam Rekod UM? 

KUALA LUMPUR - Universiti Malaya (UM) hari ini mengeluarkan kenyataan penafian berhubung status seorang pakar keusahawan yang sudah tidak asing lagi namanya. 

Kenyataan media yang dikeluarkan oleh UM hari ini menegaskan bahawa, pihaknya tidak pernah menganugerahkan gelaran Ijazah Kehormat Doktor Keusahawanan kepada Encik Azizan Osman. 

"Kami tidak pernah menganugerahkan gelaran tersebut kepada Encik Azizan Osman. Semoga penjelasan ini dapat menjawab kekeliruan yang timbul di kalangan masyarakat berkaitan dakwaan tersebut," kata kenyataan itu.
Universiti Malaya (UM) ingin menarik perhatian umum berhubung status Ijazah Kehormat Doktor Keusahawanan yang didakwa dianugerahkan oleh pihak UM kepada Encik Azizan Osman sepertimana yang dibangkitkan di laman-laman media sosial.
Pihak Universiti dengan ini menegaskan bahawa kami tidak pernah menganugerahkan gelaran Ijazah Kehormat Doktor Keusahawanan kepada Encik Azizan Osman.
Semoga penjelasan ini dapat menjawab kekeliruan yang timbul di kalangan masyarakat berkaitan dakwaan tersebut.



Jika dilihat di laman web Richwork ada menyebut Azizan Osman memperoleh Ph.D (Hon) Entrepreneurship (UM). Baca link ini http://www.irichworks.com/drazizanosman.html
Netizen di media sosial memberikan reaksi terkejut dan tidak menyangka seorang pakar usahawan sanggup berbuat demikian.


Sementara itu di Facebook rasmi Azizan Othman belum mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung perkara ini -

Setakat ini Dr.Azizan sendiri belum mengeluarkan kenyataan mengenai dakwaan ini. Sama-sama kita tunggu jawapan dari Dr.Azizan sendiri.

Tiada ulasan:
Write ulasan