Donna Akui Selesa Berkawan Dengan Rita Walaupun Jarang Umur 13 Tahun

Kehadiran pengacara Donna Muslim didalam hidup Rita Rudaini kini membuatkan aktres itu kelihatan lebih ceria dan mampu menghilangkan dukanya terhadap kekecewaan yang pernah dialaminya dengan dua orang lelaki sebelum ini.
Setiap kali mereka memuat naik foto bersama di Instagram, peminat mengiringi setiap foto dengan doa dan harapan agar mereka berdua bercinta dan mempunyai jodoh bersama tanpa memikirkan jarak usia sebanyak 13 tahun.
Menurut Rita, buat masa ini beliau enggan meletakkan sebarang harapan terhadap perhubungannya dengan Donna dan mengakui mereka sebagai kawan rapat sahaja.
Mungkin kerana dia pandai melayan anak-anak saya dan mereka juga selesa dengan kehadirannya.Saya akui selesa bersahabat dengannya kerana dia seorang pendengar yang baik dan menyenangkan hati apabila saya bercerita tentang masalah kepadanya.
Pada masa yang sama, Rita memberitahu anak-anaknya ada menyuruh beliau untuk mencari pengganti bapa mereka. Walaubagaimanapun, Rita menjelaskan beliau sudah tidak tahu bagaimana untuk bercinta.
Saya tiada masa untuk menghabiskan masa berjam-jam bercakap di telefon atau menghantar mesej sekadar untuk berborak kosong. Sekarang saya cuma mempunyai masa terluang pada waktu malam selepas anak-anak tidur dan selesai kerja untuk membelek telefon.
Jika ada lelaki yang boleh menerima keadaan itu, baguslah, kerana saya tiada masa hendak melayan mereka seperti pasangan bercinta yang lain.
Tidak dinafikan, meskipun Donna jauh lebih muda daripada Rita, mereka berdua sebenarnya nampak cukup sepadan bersama. Jodoh ini semuanya terletak di tangan Allah SWT, umur bukan pengukur sebuah cinta dan kasih sayang.

0 comment... add one now