Ahad, 18 September 2016

Ditahan Dalam Sekatan Jalan Raya Gara-Gara Hina Polis

TINDAKAN kurang bijak seorang remaja yang memuat naik status menghina polis di laman sosial akhirnya memakan dirinya apabila dia ditahan dalam satu sekatan jalan raya, kelmarin.

kahkah

Dalam kejadian jam 1.45 pagi, remaja berusia 19 tahun itu ditahan ketika menaiki kereta Proton Satria GTI bersama dua lagi rakannya.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuantan, Superintendan Abdul Aziz Ahmad berkata, suspek dalam perjalanan ke Teluk Cempedak dan ketika melalui sekatan jalan raya itu, dia membuat rakaman video anggota polis melakukan tugas berkenaan pada jam 12.15 tengah malam.

Katanya, seorang anggota polis bertindak menegur suspek memintanya memadamkan rakaman dan suspek dilaporkan berjanji untuk berbuat demikian.

“Namun 45 minit kemudian, anggota terbabit menyedari rakaman video berkenaan sudah dimuat naik suspek di WeChat dengan tajuk Polis Celaka.

“Tidak lama kemudian kami mengesan kenderaan yang dinaiki suspek berpatah balik dipercayai mahu menuju ke bandar melalui sekatan jalan sama.

“Kami menahan suspek dan merampas telefon iPhone 6 miliknya,” katanya seperti dilaporkan Harian Metro.

Hasil pemeriksaan kandungan telefon bimbit itu, polis menemui rakaman video yang dimuat naik suspek yang menggunakan nama ‘DeckKhai’ di dalam laman sosial berkenaan.

Lelaki itu ditahan dan kini dalam siasatan lanjut mengikut seksyen 233 (1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Tiada ulasan:
Write ulasan