Isnin, 19 September 2016

Dikritik Jururawat Perangai ‘Loji Taik’, Ini Respon Sinis Lelaki Ini

Sememangnya bergelar jururawat bukan sekadar menuntut kesabaran tetapi menghadapi pelbagai ragam dan kerenah pesakit, di samping berperanan menangani kecemasan dalam semua keadaan. Hanya yang benar-benar mempunyai kesabaran dan ketelusan hati sahaja layak untuk menggalas tanggungjawab ini. Betul tak? 

Namun, beberapa hari lepas viral di Facebook apabila seorang gadis membuat kenyataan kurang baik mengenai jururawat. Tak tahan dikritik, jururawat lelaki ini tampil membidas kenyataan tersebut. Haih memang tak patut!

Macam loji taik 



Nurse memang pelaq

Memang pun. Hangpa nurse semua memang pelaq.
Hangpa dok jaga orang yang entah mana asal usul dia, setiap hari sepanjang tahun, tak makan tak rehat tak kencing berak, memang hangpa pelaq.
Eh, hangpa nurse keja kerajaan kuli rakyat ni tak tau ke cara nak jaga mak bapak orang lain? Yang hangpa pi suap makan minum, basuh berak mak pak orang lain tu buat pa?
Pi belajar dengan anak soleh solehah depa tu. Sebulan mai melawat sekali ja. Tu pun 10 minit ja. Dalam 10 minit, 4 minit main tepon, 2 minit selfie, 1 minit update FB, lagi 3 minit dok pertikai kerja nurse. Macam tu la orang kata anak yang berjaya dunia akhirat. Belajaq dari anak-anak depa. Hangpa nurse memang pelaq la.
Hangpa dok teman mak pak orang lain dari gelap pagi sampai gelap malam tu watpa? Macam loji taik hangpa ni. Buat macam anak depa, mak pak masuk wad, depa balik rumah tutup handphone, tido nyenyak. Call ratus kali tak berangkat. Esoknya datang tengking misi kenapa dok kacau depa tidoq.
Tak pun buat macam sedara mara depa yang prihatin tersangat-sangat tu. Datang melawat bila pesakit depa dah mati, dok bungkuih dalam linen bedsheet. Time tu baru boleh tunjuk hero dok menuduh menyaman staf sana sini. Baru betoi.
Hangpa nurse memang pelaq. Nasib baik aku kerja lap katil hospital ja.
#anwarihamzah #kamijururawat
Sumber : Anwari Hamzah

Tiada ulasan:
Write ulasan