Khamis, 15 September 2016

Depan Mata Tak Dihargai, Bila Tiada Baru Dicari – Nasihat ‘Deep’ Wanita Ini Buat Pasangan Dah Kahwin

Alam rumahtangga ni mungkin bahagia pada awalnya, dan ada juga yang kekal sampai akhir. Banyak jugak kes yang kita sedia maklum banyak melibatkan penceraian dan pergaduhan antara pasangan, lebih-lebih lagi pasangan muda yang baru dua tiga tahun kahwin. Sebabnya mungkin dari sekecil-kecil hal sampailah ke sebesar-besar hal. 

Akhirnya, anak jugak yang menjadi mangsa. Kalau jenis mak bapak yang berduit, mungkin takde masalah dari segi kewangan. Tapi rata-rata kebanyakannya merempat atau menerima masalah yang lain selepas penceraian. Kami share dengan korang luahan pendapat wanita ini mengenai alam perkahwinan. Nasihat dari pengalaman, mungkin. Jom baca.

Perkahwinan tak selamanya indah


Salam. Di sini akak nak share some nasihat rumahtangga. Kalau rasa sesuai untuk disiarkan, silakan. Saja nak kongsi pengalaman dan pemerhatian akak selama 20 tahun berumahtangga. Semua orang tahu hidup hanya sementara, dari itu make the best out of it. Hari ini akak nak menyentuh tentang perkahwinan. Some people treat marriage macam “if you are not in, you want to be in” but “once you are in, you want out”. Because only AFTER you get married, you realise marriage is definitely not a bed of roses.

Dah dapat, depan mata curang


Satu teori yg akak sukar nak faham hingga ke hari ini ialah kenapa lelaki masa bercinta dan “belum dapat”, kesetiaan dia memang win. Biar jauh beribu batu, kesetian dia tetap utuh. Tapi once “dah dapat”, depan2 mata pun dia boleh curang..itulah dugaan dalam perkahwinan.
Akak sendiri dah lebih 20 tahun melayari hidup berumahtangga dan bohonglah kalau akak kata tak de duri ranjau dan pahit-getir sepanjang perkahwinan ini. Every 5 years, mesti ada “badai” melanda menguji kesabaran dan kesetian kita. Dan lelaki ni setiap kali usia dia turns 30, 40, 50 dia akan ada macam2 kerenah.

Anak-anak pengikat kasih sayang


The first 5 years of marriage is like a trial period, either you made it or break it. Once you past the 5-year hurdle, there are more to come hehehe…It is true, anak-anak pengikat kasih sayang dan menjadi penyebab pasangan berfikir panjang di dalam menentukan hala-tuju perkahwinan mereka. Kadang memang tahap kesabaran dah sampai ke kemuncaknya tetapi bila tenung wajah anak-anak yang bakal menjadi mangsa andaikata berlaku penceraian, membuat pasangan (isteri terutamanya) terpaksa menelan segala kepahitan dan kepedihan.
Sebab itu akak menasihatkan adik-adik kita yang sedang bercinta sekarang ini, simpan sebahagian besar keterujaan bercinta tu selepas perkahwinan. Jangan masa bercinta si teruna berbelanja habis-habisan untuk si dara tetapi selepas perkahwinan, itu semua tinggal kenangan. Sejujurnya, wanita tidak mengharapkan banyak dari seorang lelaki, sekadar kasih-sayang, tanggung-jawab, kesetiaan, kelembutan dan menghargai kita sebolehnya.

Pilih suami yang jaga solat


Banyak kes-kes rumahtangga yang memilukan dipaparkan di dalam segmen rumahtangga di sini…jadikan itu satu iktibar di dalam memilih pasangan. Bagi seorang wanita, wajib memilih bakal suami yang tidak meninggalkan solat dan mampu menjadi imam. Percaya atau tidak, sesebuah rumahtangga itu hanya memperoleh keberkatan Allah jika kedua-dua pasangan menjaga solat mereka. Ramai pasangan yang bercerai tidak solat, dari itu hilang keberkahan di dalam rumahtangga. Bila tiada keberkahan, persengketaan dan perselisehan akan berterusan dan hilanglah kenikmatan berumahtangga. So, the key point here is SOLAT. Jaga tu betul-betul, inshaaAllah yang lain beres.
Tidaklah akak katakan orang yang solat ini tiada dugaan di dalam rumahtangga, tetapi dengan adanya keimanan dan ketaqwaan di dalam diri masing-masing, masalah sebesar manapun inshaaAllah dapat diuruskan dengan baik.

Hargai & sanjungi isteri


Kepada sang suami, ingat lah, bagaimana anda inginkan seorang isteri yang pandai menjaga hati dan perasaan kamu, begitu juga anda harus pandai menawan hati dan perasaan seorang isteri. Jangan bila di depan mata tak dihargai, bila dah hilang besok, baru nak merengek-rengek untuk kembali bersama. Inilah satu kesilapan seorang suami yang akak perhatikan. Hargai dan sanjungi isteri yang telah bersusah-senang bersama, berkorban nyawa melahirkan keturunan kita. Bila kita hargai isteri kita, anak lelaki kita juga akan menghormati ibunya dan menghargai isterinya pula. Contoh bermula dari kita, so jadilah teladan yang baik buat anak-anak kita.
Ada benarnya juga luahan pendapat dan pengalaman dari akak ni. Manusia mana yang takkan diuji Allah, kan? Bukan senang nak melayari bahtera perkahwinan dalam keadaan sempurna. Mesti ada cacat cela sikit sebanyak. Apapun, jadikan semua ni sebagai nasihat dan pedoman terbaik. Ok geng?
Sumber: Norlela Ahmad

Tiada ulasan:
Write ulasan